Taylor Swift terima lamaran Travis Kelce, cinta gelang persahabatan berakhir dengan cincin bernilai jutaan

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI antarabangsa, Taylor Swift akhirnya mengikat janji pertunangan dengan bintang sukan Amerika, Travis Kelce, selepas dua tahun menjalinkan hubungan cinta.

Pasangan sensasi itu berkongsi khabar gembira menerusi hantaran di Instagram pada 26 Ogos lalu dengan kapsyen ringkas tapi penuh bermakna.

“Cikgu Bahasa Inggeris dan cikgu Pendidikan Jasmani kegemaran anda kini bakal melangkah ke alam perkahwinan.” 

Lamaran tersebut sebenarnya berlaku hampir dua minggu lebih awal, di sebuah taman di Lee’s Summit, Missouri
Lamaran tersebut sebenarnya berlaku hampir dua minggu lebih awal, di sebuah taman di Lee’s Summit, Missouri

Momen indah itu memaparkan Kelce berlutut di sebuah taman, sambil memegang tangan pelantun Love Story berusia 35 tahun itu.

Menurut bapa Travis, Ed Kelce, lamaran tersebut sebenarnya berlaku hampir dua minggu lebih awal, di sebuah taman di Lee’s Summit, Missouri, sebelum pasangan berkenaan keluar makan malam bersama keluarga.

Dari gelang ke cinta sejati

Kisah cinta Swift dan Kelce bermula pada musim panas 2023, ketika pemain Kansas City Chiefs itu cuba memberikan gelang persahabatan yang tertulis nombor telefonnya kepada Swift sewaktu konsert Eras Tour. Walaupun cubaan itu tidak kesampaian, tindakan berani tersebut akhirnya membuka jalan kepada perkenalan mereka.

Pasangan ini dilihat saling menyokong kerjaya antara satu sama lain.
Pasangan ini dilihat saling menyokong kerjaya antara satu sama lain.

Beberapa bulan kemudian, Swift dilihat hadir ke perlawanan Kelce dan duduk bersama ibu lelaki tersebut. Sejak itu, hubungan mereka mula menjadi perhatian umum, sebelum akhirnya disahkan sekitar September 2023.

Sejak detik tersebut, pasangan tersebut saling menyokong antara satu sama lain, Swift sering kelihatan memberi semangat di tepi padang, manakala Kelce pula setia hadir ke konsert Eras Tour di pelbagai lokasi.

Cincin vintaj penuh makna dan jadi trend

Cincin pertunangan Swift menjadi bualan ramai apabila direka dengan potongan Old Mine Brilliant Cut yang klasik, hasil rekaan Kindred Lubeck dari Artifex Fine Jewelry. Nilainya dianggarkan mencecah antara RM2.8 juta hingga RM4.3 juta (USD650,000 hingga USD1 juta).

Cincin potongan Old Mine Brilliant Cut yang klasik, hasil rekaan Kindred Lubeck dari Artifex Fine Jewelry menjadi pilihan.
Cincin potongan Old Mine Brilliant Cut yang klasik, hasil rekaan Kindred Lubeck dari Artifex Fine Jewelry menjadi pilihan.

Rekaan vintaj itu kini menjadi trend baharu dalam kalangan pasangan moden, kerana dianggap bukan sekadar lambang kemewahan tetapi juga simbol sentimental yang membawa nilai sejarah dan keunikan tersendiri. 

Malah, gaya vintaj dilihat semakin digemari kerana mencerminkan keperibadian pasangan yang mahu mengekalkan elemen klasik dalam kisah cinta mereka.

Bagi peminat fesyen, pilihan Swift berkenaan dilihat mampu mencetuskan gelombang baharu dalam dunia perhiasan, apabila lebih ramai memilih cincin dengan potongan lama dan rekaan peribadi berbanding gaya komersial yang biasa.

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang