Kekal anggun dan cergas di usia 51 tahun, Kris Dayanti harumkan nama rangkul 2 emas Kejohanan Wushu

No Image Caption
A
A
A

ANGGUN, aura terpancar megah dan kejelitaan yang seakan-akan tidak pernah pudar oleh sang waktu.

Menembusi angka 51 tahun, Kris Dayanti terus membuktikan bahawa kecantikan sejati yang menjana pesona wanita bukan sekadar terukir di paras rupa, sebaliknya hadir bersama aura disiplin, gaya hidup sihat, dan jiwa yang tidak pernah gentar mendepani cabaran.

No Image Caption

Figura seni Indonesia itu sekali lagi memukau ramai apabila mempamerkan kehebatan dan ketangkasan luar biasa dengan menggondol dua pingat emas pada Kejohanan Kebangsaan Wushu Kungfu 2026.

No Image Caption

Berlangsung di Main Atrium Mal Alam Sutera, Tangerang, Banten dari 22 hingga 26 Julai lalu, kejohanan tersebut menyaksikan ibu kepada empat anak serta nenek kepada dua cucu ini muncul juara bagi kategori Shanzi Kumpulan E Wanita dan Another Empty Hand.

Menerusi hantaran di Instagram miliknya, aksi Kris Dayanti memperagakan seni kipas lipat atau Shanzi dalam persalinan serba hitam kelihatan begitu anggun, tegap, dan sarat keyakinan.

No Image Caption

Namun, pembabitannya di gelanggang wushu bukan semata-mata untuk mengejar piala atau kepingan emas, sebaliknya beliau melihat usaha itu sebagai platform inspirasi dalam melahirkan generasi atlet masa depan Indonesia.

Dedah ikon seni suara ternama itu lagi, setiap sesi latihan, pertandingan dan proses yang dilalui merupakan pelaburan penting dalam membentuk karakter, disiplin, semangat kesukanan serta kecemerlangan diri.

No Image Caption

Pencapaian hebat berkenaan bukanlah kebetulan semata-mata. Selepas meraih pingat perak pada Kejohanan Kungfu Dunia Ke-10 2025 di Emeishan, China, pelantun lagu Mencintaimu itu menjadikan wushu sebagai sebahagian daripada ritma gaya hidupnya.

Latihan fizikal yang konsisten bukan sahaja memelihara kekuatan mental dan stamina, malah menjadi rahsia utama susuk tubuhnya kekal langsing, berpostur tegap, serta berseri-seri walau sudah memasuki usia pertengahan abad.

No Image Caption

Bukan hanya bersinar di pentas muzik Nusantara, beliau juga aktif berkhidmat sebagai ahli politik dan merupakan mantan Anggota Dewan Perwakilan Rakyat Republik Indonesia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang