9 tahun gegarkan konti, Suraya Borhan tidak lagi bersama Suria FM
SEMBILAN tahun bersama Suria FM, Suraya Borhan akhirnya meninggalkan konti stesen radio itu.
Penyampai itu memaklumkan kontraknya bersama Suria FM tidak akan disambung.
Menerusi kenyataan rasmi, Suria FM memaklumkan Suraya mengakhiri tugasan sebagai penyampai pada Jumaat, 1 Ogos 2025.
"Sepanjang sembilan tahun berkhidmat di Suria FM, Suraya sentiasa memperlihatkan komitmen dan profesionalisme yang tinggi, menjadi inspirasi kepada rakan sekerja.

"Pihak Suria FM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas dedikasi yang tidak ternilai selama ini. Kami mendoakan yang terbaik buat Suraya dalam setiap langkah dan cabaran baharu yang bakal ditempuhi selepas ini," katanya dalam kenyataan.
Suraya berpengalaman dalam industri radio sejak tahun 2006 menyertai Suria FM pada 1 Julai 2016.
Beliau terkenal dengan kepetahannya berbicara setiap kali mengendalikan segmen Suria Petang.
Suraya terdahulu berkhidmat bersama Hot FM dari 2009 hinggga Oktober 2014.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
