Afifah Nasir bakal bergelar ibu. 'Bab baharu bermula dengan degupan jantung dalam diri ini...'
SELEPAS setahun melayari alam perkahwinan bersama jejaka pilihan hati, pelakon cantik Afifah Nasir muncul dengan khabar paling manis buat peminat dan rakan industri apabila berkongsi kini hamil anak sulung.
Bukan sekadar ucapan ulang tahun perkahwinan yang romantik, tetapi berita tentang bakal kehadiran little miracle dalam hidup mereka yang menjadi hadiah paling berharga.
Sekadar makluman, Afifah yang sebelum ini dikenali menerusi lakonannya dalam pelbagai drama seperti Seindah Tujuh Warna Pelangi, Hati Yang Tersakiti dan Cinta Untuk Sekali Lagi.
Menerusi satu hantaran video di Instagram pada Ahad, pemilik nama lengkap Nur Afifah Nasir, 32 itu berkongsi momen penuh emosi apabila mempamerkan foto imbasan kandungannya buat tatapan umum.

"Setahun yang lalu, hanya kita berdua yang menulis kisah cinta kita, satu halaman demi satu halaman. Kini, bab baharu bermula, dengan degupan jantung yang sedang berkembang dalam diri ini. Keajaiban kecil kita, lahir daripada cinta.
"Setelah berbulan-bulan menyimpannya hanya antara kita, saya gembira akhirnya dapat berkongsi berita ini dengan anda semua," ungkap adik kepada pelakon terkenal, Anzalna.
Bait-bait kapsyen tersebut seakan membawa kita menyelami perjalanan cinta Afifah dan suaminya, Syed Hariz, yang kini melangkah ke fasa yang lebih indah yakni menjadi ibu bapa.

Untuk rekod, pasangan tersebut sah bergelar suami isteri pada 5 Mei tahun lalu, selepas tiga bulan mengikat tali pertunangan.
Khabar gembira itu mendapat perhatian rakan-rakan selebriti yang turut menitipkan ucapan tahniah.
"Masha-ALLAH alhamdulillah. Congratulations love! So happy for you,"ungkap Syamimfarid.
"Alhamdullilah so happy for both of you!Congrats!," tulis Intan Najwa
Bukan sahaja rakan artis, rata-rata peminat turut membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa yang baik-baik sahaja.
Ada juga yang menyifatkan kehadiran cahaya mata itu sebagai satu rahmat dan rezeki terbesar dalam hidup pasangan muda tersebut.
“Akhirnya bayi Afifah is on the way! Alhamdulillah,” tulis seorang peminat.
“Menangis baca kapsyen dia. Sangat manis dan tulus,” komen seorang lagi pengikutnya.
"Alhamdulillah tahniah buat fifah dan suami kami doakan segala urusan uolss dipermudahkan dan senantiasa dalam rahmat Allah SWT amin ya Rabbal Alamin."
Para peminat turut mendoakan agar proses kehamilan Afifah berjalan lancar, sihat sentiasa dan diberikan kekuatan fizikal serta emosi menghadapi fasa seterusnya sebagai ibu.
Selamat bergelar bakal ibu, Afifah. Keajaiban kecil itu pasti membawa lebih banyak warna dalam kisah cinta kalian.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
