Afreena nafi lengah kes cerai, akui sudah bersedia berpisah

No Image Caption
A
A
A



ISTERI pelakon dan pelawak Along Cham, Afreena Suhaimi menafikan tuduhan cuba melambat-lambatkan proses kes pengesahan lafaz taklik sehingga perlu ditangguhkan ke tarikh lain.

Menurutnya, jika cerai dibuat tanpa rujuk, ia menunjukkan sesuatu perkahwinan itu telah berakhir.

“Saya tak tahu sangat hukum ini, tapi adakah tindakan saya ini cuba melengah-lengahkan kes atau mempercepatkan lagi prosesnya?

“Kalau boleh, saya tak mahu ulas mengenai isu rujuk secara umum, kerana ia terlalu sensitif untuk dikongsikan.

“Tidak kiralah rujuk lisan atau batin, bagi saya biar mahkamah tentukan ia sah atau sebaliknya,” katanya.

No Image Caption



Dalam pada itu, Afreena turut akui beliau bersedia untuk berpisah dan berharap supaya kes ini berakhir dengan cepat mengikut undang-undang.

“Saya sebenarnya sangat berharap kes ini dapat selesai hari ini juga, supaya tak perlu lagi ulang-alik ke mahkamah untuk perbicaraan seterusnya.

“Kes ini dah tertangguh berbulan-bulan, hampir setahun. Sepatutnya taklah serumit ini, tapi mungkin disebabkan kekangan masa mahkamah, ia masih belum selesai.

“Untuk perbicaraan akan datang, biarlah semuanya selesai ikut undang-undang dan dokumen yang ada. Tak boleh nak tunggu lama-lama lagi. Saya sudah bersedia sepenuhnya,” tambahnya.

Sementara itu, peguam syarie, Mohamad Iezwan Ielias yang mewakili Afreena berkata, dalam keterangan sebelum ini, tidak berlaku isu rujuk, namun setelah pihak plaintif melantik peguam, barulah fakta baharu terbabit ditimbulkan.

“Ditambah pula kes hari ini agak banyak, maka kes kami terpaksa disambung pada 1 dan 3 Julai depan.

“Jelas tiada usaha untuk melengah-lengahkan atau mahu memanjangkan kes,” katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang