Air mata gembira Abon, anak bongsu hadiahkan ijazah sebagai tanda kasih pada hari lahir ke-65. 'Hadiah paling bermakna buat seorang ayah'

TAHNIAH diucapkan buat pelawak veteran terkenal Abon atas kejayaan anak bongsunya, Nuratul Shakirah Sharizan menamatkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pentadbiran Perniagaan (Kepujian) Pengurusan Sumber Manusia!
Abon atau nama sebenarnya Sharizan Ahmad, 60, meluahkan rasa gembira melihat puteri bongsunya meraih skrol ijazah sempena Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-101 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam baru-baru ini.
"Melihat anak naik pentas ambil skrol ijazah, itu sudah cukup membuatkan saya bahagia.
"Alhamdulilah, hadiah yang cukup berharga pada tarikh keramat 8 Mei, sempena hari jadi seorang ayah.
"Anak bongsu daripada empat adik beradik, kesemuanya lepasan ijazah UiTM. Terima kasih warga UiTM mendidik anak bangsa di puncak keilmuan," kongsinya di Instagram.
Sementara itu, Nuratul mendedahkan pengorbanan kedua ibu bapa menjadi pendorong utama kejayaannya. Malah, beliau menolak pinjaman pendidikan kerana Abon mahu menyara semua anak-anak dengan rezeki yang halal tanpa beban hutang.
“Segala susah payah saya hadap kerana ibu bapa tak pernah lepas menyokong dari belakang,” katanya yang tidak gemar dikaitkan sebagai ‘anak artis’ dan lebih selesa menjalani kehidupan sederhana.

Artikel berkaitan:
- "Kejayaan permulaan sebuah perjuangan." Mustapha Kamal, Susan Manen rai konvoksyen anak kedua
- Tamat pengajian dengan cemerlang, anak Arni Nazira raih Anugerah Akademik, wajah seiras raih perhatian warganet
- 'Terima kasih ayah sanggup berhujan panas hantar kakak...' Puteri Poey Sting genggam diploma dengan cemerlang, raih Anugerah Dekan
Tambah Nuratul, identiti sebenar ayahnya hanya diketahui segelintir rakan rapat sepanjang pengajian.
"Saya cuba juga untuk sembunyikan identiti keluarga saya supaya saya tidak mendapat perhatian.
"Agak sukar untuk mengharungi keadaan tersebut kerana siapa je kan tak nak tunjuk ibu bapa sendiri?
"Semasa semester akhir sebelum intern, barulah kawan uni saya tahu siapa sebenarnya ayah saya," katanya.
Dalam pada itu, sebagai bapa Abon berkata, beliau bekerja keras sejak muda agar keempat-empat anaknya mendapat pendidikan yang sempurna tanpa perlu berhutang.
“Saya kerah tenaga sejak muda supaya keluarga hanya bergantung harap kepada saya terutamanya anak-anak.
"Saya bertegas untuk tidak ambil Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) kerana saya merasakan, saya masih mampu untuk menampung mereka,” kongsi beliau.
Sumber: Berita RTM
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang