'Aku berdoa kepada ALLAH agar namamu tertulis di sebelah namaku...,' Kongsi gambar bersama, Kaka Azraff dan bekas suami kembali bersama?

KISAH hubungan selebriti sering menjadi perhatian ramai.
Baru-baru ini, kemelut rumah tangga penyanyi Kaka Azraff,36, dan Adam Azriff,31, dikhabarkan berakhir apabila mereka kembali berbaik semula.
Pasangan berkenaan juga kelihatan mesra ketika berada di karpet merah pada malam Ulang Tahun EH! yang ke 25 tahun pada Rabu.
Melalui perkongsian di media sosial, Adam memuat naik beberapa gambar mesra bersama bekas isteri, Nor Atiqa Noor Azraff, disertai kapsyen penuh kasih sayang.
"Bila mereka kata semuanya sudah tertulis, aku berdoa kepada ALLAH agar namamu tertulis di sebelah namaku. I love you a trillion, Kaka Azraff,"tulis Adam.
Gambar-gambar tersebut memperlihatkan kebahagiaan dan keharmonian pasangan selebriti tersebut yang sebelum ini dilanda kemelut sehingga berakhir dengan penceraian.
Namun, kedua-duanya memilih untuk tidak mengulas isu berkenaan.
Perkongsian itu turut menarik perhatian peminat yang gembira melihat mereka kembali bersama.
Soalan apa yang bikin ramai suspen itu? Nah! Saksikan Talkshow BBM Eksklusif bersama Rozita Che Wan yang membawa anda mendalami kisah cinta selebriti terkenal Wawa Zainal dan suami, Aeril Zafrel.
Jangan lepaskan peluang untuk mengetahui rahsia di sebalik kisah cinta mereka! Segala yang tidak pernah didedahkan akan terbongkar.
Kisah cinta dan perjalanan hubungan mereka akan menjadi topik utama dalam episod kali ini.
Jangan lupa saksikan tayangan penuh yang membawa anda mendalami kisah cinta selebriti terkenal pada 28 November ini jam 8.30 malam di platform rasmi SinarPlus Sinar Harian.
#bbmlovestory #BorakBibirMerah #RozitaCheWan #KisahCinta #lovestory #WawaZainal #AerilZafrel #Ajai #PUAmin #sinarplus" />
Netizen membanjiri ruangan komen dengan ucapan tahniah dan doa agar hubungan mereka kekal bahagia.
Hubungan mereka yang kembali pulih membuktikan bahawa setiap masalah dalam rumah tangga boleh diselesaikan dengan usaha bersama.
Terdahulu, pasangan ini difahamkan telah bercerai talak satu secara ekspres di Mahkamah Rendah Syariah, Shah Alam pada 28 Oktober tahun lalu.
Selepas mendirikan rumah tangga pada 14 Disember 2018 mereka telah dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aslan,6,Aryan,4, dan Atta Adam,1.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang