'Amanah berharga, zuriat dalam rahim sayang’ – Atiq Azman bakal timang cahaya mata, ucapan birthday buat isteri bikin sebak!
TIADA yang lebih menggembirakan bagi pasangan suami isteri apabila diberi peluang untuk bakal bergelar ibu dan ayah.
Itulah situasi yang dialami pelakon Atiq Azman apabila isteri kesayangannya, Alia Natasha, dikhabarkan sedang berbadan dua.
Pun begitu, kegembiraan pasangan tersebut tidak lama apabila doktor mengesyaki isterinya mengandung luar rahim.
“Beberapa hari lepas hati kami diuji dengan ketakutan…” luah Atiq secara jujur dalam perkongsian di laman sosial miliknya.
Pemilik nama sebenar Raja Muhammad Atiqullah Shah Raja Azman Shah itu mendedahkan bahawa semuanya bermula apabila isterinya membuat beberapa ujian kehamilan sendiri.

“Bila isteri saya buat ujian tu, ada masa satu garisan, kadang-kadang samar je. Kami jadi takut, terus cepat-cepat ke klinik untuk kepastian,” kongsi pemuda berusia 25 tahun itu.
Namun, sebaik sahaja bertemu doktor, kegembiraan mereka seakan-akan terhenti seketika apabila doktor menyatakan ada kemungkinan kandungan itu luar rahim.
“Jujur, jiwa kami hilang arah dan hanya mampu berdoa serta berharap…” luah bakal bapa itu lagi.
Namun, kedukaan pasangan muda itu terubat apabila pemeriksaan lanjut dilakukan akhirnya mengesahkan kandungan Alia berada dalam keadaan normal dan selamat di dalam rahim.
“Hari ini ALLAH tunjukkan kasih sayang-NYA. Alhamdulillah, kandungan normal. Kami bakal jadi ibu dan ayah.
"Terima kasih Allah untuk satu nyawa yang kami pernah takut kehilangan sebelum sempat kami peluk,” tulis Atiq sambil berkongsi video momen indah mereka di klinik.
IBU PALING HEBAT
Sementara itu, dalam hantaran terbaharu, pelakon drama Nur itu memuat naik ucapan sempena ulang tahun kelahiran isteri tersayang.

"Selamat hari lahir, sayangwanita terindah yang ALLAH hadirkan dalam hidup aku. Tahun ini hadiah ulang tahun sayang bukan hanya cinta abang, tapi juga amanah paling berharga… zuriat yang kini dah ada dalam rahim sayang.
"Terima kasih sebab sabar, sebab kuat, dan sebab terus jadi cahaya dalam hidup abang.
"Ya ALLAH, aku mohon… peliharalah isteri dan anakku dalam rahmat-MU. Jadikan rumah tangga ini tempat tumbuhnya cinta, sabar dan syukur.
"Semoga umurmu diberkati, sayang, dimurahkan rezeki, dikurniakan kesihatan dan dipermudahkan setiap langkah sebagai bakal ibu.
"Abang tak sabar nak tengok sayang jadi ibu yang paling hebat untuk anak kita nantiI love you," ungkap Atiq menerusi kapsyen di laman Instagram miliknya.
Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 21 Februari lalu di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

