Amira Othman perjelas isu kahwin dengan Fattah Amin – ‘Cuma marketing dan urusan kerja’
HEBOH diperkatakan isu berkaitan pelakon dan penyanyi, Amira Othman yang bakal mengakhiri zaman bujang. Malah video dia berpakaian pengantin juga tersebar menimbulkan pelbagai spekulasi.
Memetik laporan Gempak, pemilik nama Nadia Amira Othman menafikan spekulasi yang timbul mengenai dirinya bakal mendirikan rumah tangga dengan aktor Fattah Amin.
Amira menjelaskan, busana pengantin yang dipakainya hanyalah untuk tujuan promosi dalam kerjasama bersama sebuah jenama.

“Tak ada, sebenarnya itu adalah marketing strategi daripada brand yang saya berkolaborasi, saya pun tidak berapa tahu bagaimana exact plannya. Apa yang saya tahu itu adalah kolaborasi untuk busana pengantin.
"Jadi pastinya ada video panjang dan beberapa video teaser jadi video yang berbeza-beza, maka pandangan orang pun berbeza-beza.
“Bagi saya itu adalah marketing strategi masing-masing punya brand, saya hanya menjalankan tanggungjawab, tidak ada niat lah nak buat itu, ini, apa semua tu,” katanya.
Penyanyi berusia 32 tahun itu juga enggan membiarkan isu berkenaan terus dipanjangkan kerana bimbang akan menimbulkan salah faham.

“Saya kalau boleh tak nak cakap lebih-lebih isu ini, saya bimbang akan menimbulkan salah faham tapi apa yang saya boleh cakap adalah ini adalah hanya untuk urusan kerja sahaja,” ujarnya.
Baru-baru ini, seorang ushawan tular selepas menampilkan penyanyi dan pelakon, Amira Othman mengenakan busana serba putih lengkap dengan sejambak bunga tangan seperti pengantin.
Menerusi video tersebut, turut dikongsikan penyangkut pakaian terukir huruf A dan F dan kad tertera 26/08.
Video berkenaan turut dikongsikan di laman sosial Amira dengan kapsyen: 'Hidup kita semua punya takdir yang berbeza beza. Cepat atau lambat tiada siapa yang tahu urusan DIA. Jangan khuatir tentang perjalanan kita kerana kita ada DIA."
Amira bagaimanapun memilih untuk kekal profesional walau isu hanger huruf A & F jadi bualan netizen.
"Saya bersikap profesional selain enggan menyalahkan sesiapa. Adat bekerja, pasti ada ujian serta dugaan.
"Lagipun hal tersebut sudah diselesaikan dengan pihak berkaitan secara baik.
"Klien juga sudah memohon maaf pada saya. Tidak timbul isu bergaduh berkaitan hal ini," ungkap pelantun lagu Bila Nak Kahwin? itu.
Amira berkongsi perkara tersebut ketika ditemui media di majlis pelancaran platform penstriman digital (OTT), UTV baru-baru ini.
UTV diperkenalkan oleh Usanita Sdn Bhd sebagai ruang baharu yang bukan sahaja menyajikan hiburan, tetapi juga membuka peluang besar kepada bakat kreatif tempatan untuk melangkah ke pentas lebih luas.
Presiden UTV merangkap CEO Usanita Group, Datuk Adzliana Prof Datuk Sri Dr Hasan atau mesra disapa Datuk Nana berkata, UTV lahir daripada inspirasi dan pengalaman panjang Usanita bekerjasama rapat dengan industri seni tempatan serta stesen TV antarabangsa.
"Kami lahirkan UTV sebagai platform yang bukan hanya menyiarkan karya, tetapi juga memberi ruang kepada idea baharu untuk direalisasikan.
“Saya percaya ramai penulis skrip, penerbit dan kreator di luar sana menyimpan jalan cerita yang hebat tetapi belum ada peluang. UTV hadir untuk membuka pintu itu,” kata Datuk Nana lagi.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

