‘Kami cuba bagi faham slowly, Fatima tak boleh ditekan. Mungkin dia luah begitu sebab merajuk…’ – Fattah Amin

No Image Caption
A
A
A

PELAKON popular, Fattah Amin baru-baru ini mengulas mengenai reaksi anaknya, Fatima Aisya yang meluahkan rasa kononnya sudah tidak menyayangi daddynya itu.

Luahan yang diungkapkan dalam video secara langsung itu kemudiannya menjadi viral sehingga mengundang pelbagai spekulasi.

No Image Caption

Enggan memanjangkan isu tersebutm, pelakon Pendekar Awang itu menganggap apa yang berlaku berkemungkinan anaknya merajuk dengannya.

“Mungkin juga Fatima merajuk dan pada saya ia sesuatu yang normal bagi kanak-kanak seusianya. Budak umur empat tahun, kita tak boleh jangka apa yang dia akan cakap.

"Sejujurnya saya tak nak cakap benda lepas. Cuma baru-baru ini kami ada jumpa, berbual dan dia okay.

"Cuma sekarang tidak sama dengan dulu, dulu hari-hari boleh jumpa, sekarang ada masa tertentu dan saya kena ikut jadual yang diberikan," ujarnya.

Pun demikian, Fattah mengakui pertemuan bersama anak perempuannya itu baru-baru ini berlangsung baik dan melepakan kerinduan masing-masing.

“Bila kami berjumpa baru-baru ini, saya tak nampak reaksinya seperti dalam video yang tular. Cuma Fatima luahkan dia rindu dan teringatkan saya. Kami banyak bercakap dan berbual. Malah, dia layan saya macam biasa.

“Namun kita kena faham, kanak-kanak empat tahun ada emosi tertentu dan sebagai ibu bapa itu yang kami kena jaga. Namun hubungan anak dan ayah masih utuh,” tegas Fattah lagi.

No Image Caption

Dalam pada itu, beliau tidak menafikan kini dalam proses membuatkan puteri kesayangannya itu memahami situasi yang berlaku kini.

“Saya dan Faz cuba bagi Fatima faham slowly. Mungkin situasi sekarang terlalu cepat untuk dia adapt segalanya dan saya rasa dia (Faz) lakukan tanggungjawab dengan baik sebagai seorang ibu, demikian juga saya.

“Kami berdua cuba lakukan yang terbaik untuk terangkan yang Fatima kena sayangkan kami berdua. Ada masanya dia Keluar dengan mommy, ada ketikanya dengan saya.

“Fatima juga anak dan pendengar yang baik. Cuma kita tak boleh terlalu 'push' kerana dia baru empat tahun.

“Sebab itu saya dan faz sepatutnya faham yang Fatima ini tidak boleh ditekan. masing-masing kena jalankan tanggungjawab untuk bagi Fatima faham perlahan-lahan.

No Image Caption

Spekulasi

Walaupun tidak menyalahkan mana-mana pihak yang memuat naik video tersebut, duda hot itu bagaimanapun berharap tidak timbul sebarang spekulasi atau tohmahan hanya kerana video berkenaan.

“Benda itu terjadi waktu live dan saya tidak tahu apa niat orang yang muat naik video berkenaan. Kalau untuk dapatkan kecaman saya memang tak setuju. Saya kalau boleh tak mahu ulas isu yang sudah lepas. Doakan yang baik-baik,” katanya lagi.

Sekadar makluman, Fatima merupakan anak hasil perkahwinan Fattah bersama pelakon Nur Fazura.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 27 November 2017 sebelum sah bercerai dengan talak satu pada 7 Oktober tahun lalu.

Rentetan itu, hak penjagaan anak menjadi milik Fazura manakala Fattah diberikan hak lawatan dan bermalam.

Duta Jakel

Fattah berkata demikia ketika ditemui SinarPlus sewaktu menghadiri majlis Meet and Greet bersama Duta Jakel yang berlangsung di Shah Alam pada Sabtu.

No Image Caption

Sementara itu, menurut Pengarah Urusan Jakel Trading Sdn. Bhd., Datuk Wira Mohamed Izan Mohamed Jakel berkata, acara yang bakal bermula 9 pagi hingga 2 petang itu adalah bertujuan merapatkan hubungan pelanggan dengan

Jakel pada masa sama membuka peluang orang ramai melihat produk terkini ditawarkan sempena Raya Aidilfitri tahun ini.

“Kita berharap para pelanggan serta peminat tidak melepaskan peluang ini untuk bertemu dan beramah mesra dengan barisan duta-duta kami sempena kempen Raya Mendonia Bersama Jakel 2025.

No Image Caption

“Para pengunjung bukan sahaja boleh bertemu, malah mereka boleh

bergambar dengan barisan duta yang hadir,” katanya.

Tambah Mohamed Izani lagi, Jakel turut mengadakan kuiz interaktif yang bakal menawarkan hadiah menarik kepada para pengunjung.

No Image Caption

Selain itu, pengunjung turut berpeluang berinteraksi dengan arti terkenal dan pempengaruh popular yang merupakan barisan Duta Jakel. Selain Fattah Amin, turut hadir ialah Amira Othman, Nabil Ahmad seisi keluarga, Elly Mazlein, anggota kumpulan pelawak Senariounion, selain Upin & Ipin termasuk tiktoker Sallywho dan juga Cik Epal.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang