Amylea Azizan bercerai, umum untuk elak fitnah. 'Doa kesedihan tidak berulang kepada orang yang saya sayang'

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI Amylea Azizan berkongsi status dirinya bukan lagi bergelar seorang isteri. 

Menerusi hantaran di Instagram, pelantun lagu Tak Pernah Hilang itu  memilih untuk tidak memberi perincian demi maruah semua pihak yang terlibat serta menyatakan hubungan antara mereka masih berjalan dengan baik.

"Berat rasa hati untuk memaklumkan yang saya bukan lagi isteri kepada Mohammad Aqbar Mohamad.

"Saya tidak mahu mengulas lanjut kerana tidak mahu mengaibkan mana-mana pihak. Saya sangat hormati dan sangat sayangi ibu mertua dan seluruh keluarga bekas suami serta anak-anak tiri. Kami masih berhubungan dengan baik," kongsinya.

Artikel berkaitan:

No Image Caption

Amylea, 38, memaklumkan bahawa tempoh iddah perceraian telah pun berakhir dan dia menerima ketentuan yang telah ditetapkan dengan hati yang pasrah.

"Saya sudah lama tamat iddah dan saya dalam keadaan sejahtera. Saya doakan kesedihan seperti saya tidak akan berulang pada orang-orang yang saya sayangi.

"Sesungguhnya saya ikhlas dalam perkahwinan kami, dan sekarang reda dengan takdir ALLAH. Doakan saya.

"Berita ini tidak sepenting hal-hal yang berlaku di dunia tetapi saya hanya mahu mengelakkan fitnah," kongsinya.

Sekadar info, Amylea dan  Mohammad Aqbar yang merupakan pegawai bomba Singapura melangsungkan perkahwinan pada November 2023.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang