Ashraf Muslim timang anak kelima. 'Selamat datang ke dunia wahai anakku, penyejuk mata kami sekeluarga'

No Image Caption
A
A
A

TAHNIAH diucapkan buat aktor Ashraf Muslim yang baharu menimang cahata mata kelima baru-baru ini.

Genap hari kesembilan, pelakon berusia 44 tahun itu berkongsi berita gembira dan memuat naik foto si kecil.

"Assalamualaikum semua. Alhamdulillah. Syukur kepada ALLAH, keluarga Ashraf Muslim semakin bertambah ahlinya.

"Selamat datang ke dunia, Wahai anakku Ali Ashraf Bin Mohd Ashraf. Lahirnya pada 10 Mei 2025, jam 2.57 pagi," titipnya.

No Image Caption



Dalam pada itu, suami kepada Noor Dayana Lokman dan Wan Sakinah Wan Saburi itu turut mendoakan agar permata hatinya dihiasi keperibadian terpuji.

"Hadirnya membawa sejuta syukur dan selaut harapan.

"Wahai Ali, semoga anakanda membesar menjadi anak soleh, penyejuk mata dan hati bagi kami sekeluarga. Membesar dengan iman, akhlak yg terpuji dan keberanian. Terima kasih ALLAH atas segala-galanya," tulisnya.

Ashraf yang berpoligami sering menjadi perhatian warga maya. Manakan tidak, Puaka Niyang Rapik itu berjaya mengemudi rumah tangga dan memberikan kebahagiaan buat kedua-dua suri hatinya.

Artikel Berkaitan:


No Image Caption



Malah, perkahwinan Ashraf bersama dua isteri yang harmoni sering dijadikan contoh.

Sekadar info, Ashraf berkahwin dengan Noor Dayana pada 24 September 2011, mereka dikurniakan seorang anak lelaki, Anas Ashraf, 10.

Beliau juga mendirikan rumah tangga dengan Wan Sakinah pada Julai 2013. Perkahwinan mereka diserikan dengan kehadiran cahaya mata iaitu Sarah Ashraf, 11, Adam Ashraf, 10, dan Safiyyah Ashraf, 6.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang