'Ayah pasti bangga...' Anak Abam hadiahkan bacaan al-Quran undang sebak, rindu Hidayah tidak pernah hilang
KASIH sayang tiada berpenghujung buat arwah suami, balu pelawak Abam iaitu Nor Hidayah Mohd Ali, 33, tidak pernah berhenti menziarahi pusara arwah.
Lima tahun berlalu selepas pemergian Abam, Hidayah sentiasa merindui sosok lelaki itu. Sementelah anak hasil perkongsian hidup mereka, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey kini semakin meningkat usianya.
Menerusi video yang dimuat naik, Hidayah dan Hamzah ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Sungai Pusu, Gombak tidak dapat menahan sebak dan air mata.
"Hari ini sayang dan anak datang tengok abang. Anak rindu kepada abang. Rindu yang paling sakit rindu yang telah tiada.
"Al-Fatihah suamiku Syed Umar Mokhtar #cintaterakhirku #cintamatiku #suamikusayang #syedumarmokhtar," titip Hidayah.

Dalam kunjungan yang sama, Hamzah sempat membacakan beberapa surah pendek iaitu Surah al-Fatihah, al-Ikhlas, an-Naas dan al-Masad untuk dihadiahkan buat arwah.
"Pandai anak ibu datang jumpa ayah terus baca surah-surah untuk arwah ayah. Ayah pasti bangga dengan adik.
"Al -Fatihah suamiku tercinta Syed Umar Mokhtar," kongsinya.
Artikel berkaitan:
- 'Selamat hari lahir suamiku.' Terpisah antara dua dunia, ucapan hari lahir Hidayah buat arwah Abam Bocey undang pilu
- 'Mana satu jumpa di syurga?' Suami meninggal dunia, isteri kahwin kali kedua, ini jawapan Ustaz Azhar Idrus
- Hidayah sebak terima hadiah potret keluarga, genap 3 tahun pemergian Abam Bocey
Warganet memuji Hamzah dan terharu mendengar bacaan si kecil itu. Ujar mereka;

"Subhanallah, aunty terharu dengar bacaan Hamzah. Semoga menjadi anak yang soleh."
"Alhamdulillah. Semoga Hamzah membesar dengan sihat dan jadi anak yang soleh."
"Pandainya Hamzah."
"Semua amalan anak soleh akan sampai ke arwah ayahnya di sana insya-ALLAH. Moga kekal kuat Dayah."
"Anak soleh. Al-Fatihah untuk arwah."
Imbas kembali Februari lalu, Hidayah mendedahkan beliau dan kekasihnya, Amsyar Salim masih dalam fasa perkenalan dan mengenali hati budi dan ada perancangan untuk bernikah pada tahun depan atau pada 2027.
Hidayah terdahulu mendirikan rumah tangga dengan Allahyarham Abam pada 8 Disember 2017.
Allahyarham meninggal dunia pada 10 Februari 2020 ketika berusia 32 tahun di kediamannya di Gombak, Selangor.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
