'Mana satu jumpa di syurga?' Suami meninggal dunia, isteri kahwin kali kedua, ini jawapan Ustaz Azhar Idrus

No Image Caption
A
A
A

SUDAH menjadi fitrah setiap insan untuk hidup berpasangan. Kalau boleh biarlah ikatan yang terjalin di dunia kekal hingga ke akhirat.

Terpisah dek kerana kematian, sebenarnya tak salah pun wanita bergelar balu untuk bergelar isteri semula.

Tapi acap kali persoalan yang diutarakan ialah suami manakah menemani mereka di syurga andai berkahwin kali kedua selepas kematian suami?

Menjawab persoalan diutarakan orang ramai, pendakwah bebas, Ustaz Azhar Idrus menerusi video yang dimuat naik di TikTok memberikan pencerahan tentang hal itu.

No Image Caption

SOALAN: Betulkah kalau suami meninggal, kemudian kahwin lagi maka kita tidak akan jumpa lagi suami pertama itu di syurga?

JAWAPAN: Ustaz Azhar menerangkan tentang keadaan yang akan dilalui setiap manusia ketika berada di dalam syurga.

"Semua ahli syurga tetap akan berjumpa sama ada yang kita kenal atau yang tidak pernah kenal malah kita akan saling berkenal-kenalan.

Artikel Berkaitan:

"Kita akan berada dalam keadaan yang seronok, apatah lagi keluarga. Tiada juga rasa cemburu dan marah di dalam syurga," katanya.

Dalam masa yang sama, Ustaz Azhar menjawab tentang suami yang akan menemani isteri di syurga berdasarkan penjelasan yang pernah diberikan oleh Nabi Muhammad SAW.

"Nabi jawab, suami yang paling baik dengan isterinya (akan bersama di syurga) ketika di atas dunia," katanya.

Sementara itu, artikel dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan juga menerangkan hal yang sama.

No Image Caption

Ada riwayat mengatakan isteri tersebut akan bersama suami yang paling baik akhlaknya ketika di dunia, isteri tersebut diberi pilihan untuk memilih dan isteri tersebut akan bersama suaminya yang terakhir.

"Imam al-Suyuthi cuba untuk menghimpunkan kesemua riwayat tersebut (di atas) dengan menyatakan bahawa seorang wanita (isteri) itu akan bersama suaminya yang terakhir sekiranya kesemua suaminya itu sama pada sudut akhlak.

"Sekiranya tidak begitu, maka wanita tersebut akan memilih yang paling baik akhlaknya," katanya.

Semoga ALLAH SWT memasukkan kita dan seluruh ahli keluarga ke dalam syurga-NYA di akhirat kelak, amin.

Sumber: TikTok, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang