Banjir besar landa Bali, Nourul Depp jelaskan keadaan keluarga

No Image Caption
A
A
A

PENYANYI terkenal, Nourul Depp, tampil memberikan kenyataan kepada para peminat selepas tular berita banjir yang melanda beberapa kawasan di Bali. 

Menerusi perkongsian di media sosial, dia memaklumkan dirinya dan keluarga berada dalam keadaan selamat dan tidak terjejas susulan bencana tersebut.

"Terima kasih yang menghantar mesej dan bertanyakan keadaan saya dengan keluarga di Bali. Alhamdulillah, kami sekeluarga tidak terjejas dan banjir tidak melanda di kawasan kami.

"Walau bagaimanapun saya berasa sedih dengan keluarga yang berada di Bali yang terjejas terutama di kawasan Denpasar," kongsi Nourul.

No Image Caption

Menerusi Insta Story, pelantun lagu Aku Cinta Aku Rindu itu mengalu-alukan bantuan daripada orang ramai melalui saluran yang betul, iaitu badan atau organisasi yang sah dan diiktiraf.

"Bagi semua rakyat Malaysia yang ingin membantu penduduk Bali boleh menghulurkan bantuan dengan cara mencari badan dan organisasi yang sepatutnya.

"Boleh juga DM saya sebab sekolah kami sedang kumpul bantuan untuk meringankan beban mangsa yang terjejas," tutur Nourul.

No Image Caption

Terdahulu, Badan Nasional Penanggulangan Bencana (BNPB) bersama Kerajaan Provinsi Bali mengisytiharkan status darurat bencana selama seminggu berikutan banjir yang meragut sembilan nyawa di beberapa wilayah.

Menurut data BNPB, setakat Rabu petang, sembilan mangsa terkorban melibatkan lima orang di Denpasar, dua di Jembrana, seorang di Gianyar dan seorang lagi di Badung.

Daerah yang terlibat ialah Denpasar, Jembrana, Gianyar, Klungkung, Badung dan Tabanan.

Sumber: Instagram

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang