Bapa Sharnaaz Ahmad meninggal dunia. 'I love you, Al-Fatihah papa...'
TAKZIAH buat aktor Sharnaaz Ahmad yang baharu sahaja kehilangan bapa tersayang, Datuk Bazir Ahmad Nazir Ahmad.
Berita sedih itu dikongsikan Sharnaaz menerusi laman sosial Instagram miliknya.
"Hero saya baru sahaja meninggal dunia dengan aman pada pukul 1.40 pagi
"Dia tidak pernah berputus asa berjuang, tetapi jantungnya berhenti berdetak. Dia akan selamanya menjadi hero dan juara saya!!
"I love you papa. Al-Fatihah papa. Terima kasih kerana menjadi ayah yang hebat kepada kami semua.
"I am half as strong as you, half as good father as you.. Now teach me to be a great one like you from heaven," titipnya pilu.
Menurut Sharnaaz, solat jenazah akan dilakukan di Masjid Syed Eyusof, Georgetown selepas solat Asar dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kebun Lama, George Town.
Terdahulu, pelakon Polis Evo 3 itu memuat naik foto bapanya yang ditahan di Pusat Perubatan Universiti Malaya.
Rakan selebriti dan warga maya merakamkan ucapan takziah buat Sharnaaz dan berharap beliau dikurniakan ketabahan dan segala urusan mereka sekeluarga dipermudah.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang