'Beauty with brain, bukan wanita mata duitan.' Bonda Rozita sayang menantu, akui Nur Shahida tak meminta-minta
KASIH sayang antara usahawan terkenal Rozita Ibrahim dan menantu-menantunya selalu menjadi perhatian. Sikapnya yang tidak membeza-bezakan dan menganggap menantu seperti anak sendiri, tidak hairanlah Rozita atau lebih dikenali sebagai Bonda Rozita bak 'mentua kiriman Tuhan.'
Baru-baru ini, Rozita, 61, menerusi Instagram meluahkan betapa rapatnya beliau dengan isteri anak keduanya, Datuk Seri Alif Shukri iaitu Datin Seri Nur Shahida Mohd Rashid, 40.
Usahawan jamu dan ekopelancongan itu sempat mengimbas kenangan mereka berdua bukan yang bukan setakat mentua dan menantu perempuan, malah sebagai teman rapat.
"Sebab itu dia jadi pilihan sebagai menantu, jika saya uzur nanti saya pasti dia adalah menantu yang boleh menemani saya. ALLAH jagakan insan ini untuk Shukri dan anak-anaknya.
"Dia sahabat baik yang tahu semua kisah duka saya yang anak-anak saya pun tidak tahu. Saya sorokkan dan hanya dengan Ida (Nur Shahida) saya ceritakan. Dia wanita terhebat di hati saya.

"Saya pernah jadi menantu dan saya tahu pedih dan susahnya masuk ke dalam keluarga suami. Saya ingin menjadi mentua terbaik kepada mereka.
"Saya patut berterima kasih kepada menantu perempuan sebab dia yang melayani anak lelaki saya dalam susah senang.
"Saya tahu bagaimana rasanya masuk ke dalam keluarga orang. Kekok dan rasa terasing.
"Saya sangat membela hak menantu kerana tahu kelemahan anak-anak saya," titip Rozita.
Katanya dua orang menantu perempuan dalam keluarganya sangat berharga dan sangat bermakna dalam hidupnya. Malah mereka juga bukan wanita mata duitan.
"Mereka ialah anak orang yang perlu dihargai. Menantu pilihan saya Ida dan Fiza ialah hadiah termahal saya beri kepada anak lelaki kerana mereka sabar, bijak dan kuat. Itulah kecantikan mereka.

"Mereka adalah anugerah ALLAH yang bernilai dalam kehidupan saya.
"Menantu saya tidak kaya tetapi kaya kebaikan. Teramat baik dan tidak meminta-minta kepada anak-anak lelaki saya. Saya pernah suruh Ida ambil duit Shukri sebab saya risau Shukri ramai peminat! (Tetapi ) Ida bukan mata duitan," katanya.
Hidupnya sebagai mentua juga sangat indah apabila dianugerahkan besanyang baik. Umpama sahabat, mereka berdua sangat rapat dan saling mendoakan kesejahteraan anak menantu masing-masing.
"Besan saya, Ani sangat rapat dan baik dengan saya dan Shukri hadiahkan kami berdua umrah serta haji sama-sama.
"Kami tak mencampuri urusan Shukri dan ida! Kami doa agar anak-anak kami bahagia.Kami berbesan yang bahagia," katanya.
Mengenang waktu-waktu sukar, Rozita tidak mungkin akan terlupa bantuan dan kasih sayang dicurahkan daripada anak dan menantu. Malah kepada anak-anak yang lain, beliau berpesan agar menghormati abang dan kakak ipar.

Malah, Rozita mengakui tidak memberikan wang ringgit kepada menantu sebaliknya kepada mendidik mereka mencari kekayaan jiwa.
"Itulah menantu. Saat saya jatuh bisnes dan emosi hal-hal keluarga Ida dan Fiza selalu setia temankan saya.
"Mereka setia dan ada untuk saya pada bila-bila masa. Mereka menantu berada di sisi saya.
"Saya pesan kepada anak-anak yang lain, Ajah, Ain dan Amani bahawa semasa mereka kecil dulu Abang Shukri, Kak Ida, Abang Ajim dan Kak Fiza banyak jaga kamu waktu Ami kerja jauh.
"Susah senang mereka ada untuk kamu. Mereka ialah ibu bapa kedua kamu yang terbaik dunia dan akhirat.
"Kami bersahabat baik dan asalnya mereka ini adalah staf! Saya tidak berikan mereka kekayaan tetapi saya didik dan ajar mereka mencari kekayaan jiwa serta bertahan melalui suami mereka iaitu anak-anak lelaki saya.
"Masa arwah ayah dan emak saya sakit Ida dan Shukri ialah cucu terbaik menziarahi serta menemani parent saya dari kampung ke bandar.
"Dari rumah ke hospital sampai ke kubur, tanpa jemu dan atau beri alasan sibuk sedangkan mereka juga usahawan besar," kongsinya.
Rozita baru-baru ini didedahkan berkahwin dengan abang sulung pelakon, Datin Rebecca Nur Al Islam.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
