Anak Bonda Rozita sahkan ibu berkahwin baharu, pilih kunci mulut bersebab. 'Rezeki mak saya, sudah bernikah secara halal, perlu dirai'

Sebelum ini kecoh usahawan terkenal Rozita Ibrahim dikatakan berkahwin lain. Ini berikutan video yang tular beliau berjalan berpimpingan tangan dengan seorang lelaki berkumis yang dipercayai merupakan abang kepada pelakon Rebecca nur Al Islam.
Namun begitu, segala persoalan akhirnya terjawab apabila anak Rozita yang juga turut dikenali sebagai Bonda Rozita, Nur Ain Sufiah mengesahkan ibunya sudah berkahwin baharu.
Ain yang berkongsi cerita ketika sedang bersiaran langsung di TikToknya itu memaklumkan pernikahan ibunya berlangsung mengikut hukum syarak dan mereka sekeluarga menerima baik perkahwinan itu.
Malah, Ain meminta orang luar berhenti membuat spekulasi tidak benar dan melemparkan kata-kata tidak baik terhadap ibunya.

"Ajal, maut dan jodoh di tangan Tuhan. Mereka sudah bernikah secara halal dan perkara itu perlu diraikan. Mohon netizen jangan kecam berlebihan. Rezeki mak saya kahwin baru.
"Kami anak-beranak semua dalam keadaan baik, mommy dan daddy juga okay. Kalian tak perlu risau. Kami sekeluarga okay dengan situasi kami sekarang," kata beliau.
Dalam pada itu, Ain juga turut bercerita sebab ibunya memilih untuk mengunci mulut dan tidak memberi sebarang penjelasan.
"Ada segelintir yang tanya mengapa bonda tak mahu beri penjelasan, sebab kalau beri akan dikecam, kalau tak beri penjelasan pun kena kecam.
"Namun, saya buat penjelasan kerana tidak mahu ada fitnah yang berlaku di luar sana," tambah Ain.
Dalam kesempatan itu, Aina turut meminta orang ramai menghormati privasi keluarga dan tidak bertanya mengenai punca perceraian ibunya dengan bekas suami.
"Punca perpisahan itu, kalian tidak perlu tahu kenapa. Itu privasi keluarga kami, orang luar tidak perlu tahu. Kalau mereka tiada jodoh, kenapa kita nak paksa," jelas Ain.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang