Bekas suami kahwin lain, Jaclyn Victor tumpang gembira. 'saya doakan dia & isteri bahagia selamanya'

No Image Caption
A
A
A

Penyanyi Jaclyn Victor berkongsi rasa gembira mendengar perkhabaran berita bekas suaminya, Shawn Rivera bertemu jodoh buat kali kedua sekitar April lalu.Menurut Jaclyn atau lebih mesra dipanggil Jac, dia mengetahui berita berkenaan menerusi laman Instagram bekas suaminya dan meninggalkan ucapan tahniah atas perkahwinan berkenaan."Sudah tentu saya tahu. Sejujurnya saya sangat gembira, sebab sebelum ini dia berkata tidak mahu berkahwin lagi, namun akhirnya bertemu dengan seseorang dan berkahwin."Saya ada memberikan ucapan tahniah di Instagram Story dengan kapsyen mendoakan yang terbaik buat mereka. Saya doakan dia dan isterinya bahagia selamanya."Saya tak tahu mengenai perkahwinan mereka, namun hanya mengetahui menerusi Instagram. Dia membuat pengumuman di Instagram saja," katanya pada Sinarplus ketika ditemui di sidang media First Solo Concert Jaclyn Victor di Madam Lee Nyonya Private Dining, Hotel Palm Garden Putrajaya pada Selasa.

No Image Caption

Tambahnya, sehingga kini mereka masih berkawan dan bekas suami juga masih berhubung dengan anak-anak malah sempat berjumpa ketika berkunjung di Malaysia Mei lalu."Kami masih lagi berkawan dan cuba untuk menjadi yang terbaik untuk anak-anak. Malah, bekas suami masih lagi berhubung untuk berkomunikasi untuk anak-anak."Kebetulan pada awal Mei lalu, dia ada pulang ke Malaysia dan sempat bertemu dengan anak-anak," jelas penyanyi yang terkenal dengan lagu Gemilang.

No Image Caption

Terdahulu, pasangan itu berkahwin di sebuah gereja bersejarah di Philadelphia, Amerika Syarikat pada 19 Julai 2014 dan bercerai selepas lima tahun mendirikan rumah tangga. Hasil perkahwinan mereka dikurniakan dua orang cahaya mata.Jac yang suatu masa dulu pernah menjuarai pertandingan Malaysian Idol musim pertama itu akhirnya bakal mengadakan konsert solo pertamanya pada 12 Oktober depan di Zepp, Kuala Lumpur selepas 20 tahun berkecimpung dalam bidang seni.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang