Bella Astillah berangkat tunai umrah, Syed Saddiq teman di KLIA curi perhatian. 'Rezeki ramai yang sayang, doakan...'

No Image Caption
A
A
A

Pelakon dan penyanyi terkenal, Bella Astillah, berangkat menunaikan ibadah umrah, seperti yang dikongsikan oleh jenama fesyen PrimaValet menerusi hantaran di Instagram (IG) awal pagi tadi.

Menariknya, video yang dimuat naik itu turut memperlihatkan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Abdul Rahman, mengiringi Bella di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Sepang.

No Image Caption

Dalam suasana penuh emosi dan doa restu, Syed Saddiq dilihat menemani Bella sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Sebagai duta jenama tersebut, pasangan ini turut bergambar bersama anggota keselamatan di KLIA sebelum perpisahan sementara itu.

No Image Caption

Perkongsian yang dimuat naik jenama berkenaan juga menyertakan doa agar Bella mendapat umrah yang mabrur.

"Semoga Bella mendapat umrah yang mabrur. Alhamdulillah, rezeki ramai yang sayang dan doakan Bella," tulis kapsyen di hantaran tersebut.

No Image Caption

Dalam tempoh tiga jam selepas dimuat naik, hantaran itu sudah meraih hampir 20,000 tanda 'likes', menunjukkan ramai peminat yang turut sama mendoakan perjalanan ibadah Bella.

Sejak kebelakangan ini, Bella dan Syed Saddiq sering menjadi perhatian kerana kerap meluangkan masa bersama, terutama selepas mereka dilantik sebagai duta jenama pakaian berkenaan.

No Image Caption

Malah, Januari lalu, mereka dilaporkan berjaya menawan puncak Gunung Kinabalu di Sabah—satu pencapaian yang menguatkan lagi hubungan persahabatan mereka.

No Image Caption

Selain itu, Syed Saddiq juga pernah tampil dalam muzik video lagu nyanyian Bella berjudul Tapi Bukan Denganmu, menambahkan lagi keterujaan peminat terhadap interaksi mereka.

Untuk rekod, Bella pernah mendirikan rumah tangga dengan pelakon Singapura, Aliff Aziz, pada 9 September 2016. Namun, perkahwinan mereka berakhir dengan perceraian pada 13 Jun tahun lalu.

Hasil perkahwinan itu, mereka dikurniakan dua cahaya mata, Ayden Adrean, 8, dan Ara Adreanna, 5.

Semoga perjalanan umrah Bella dipermudahkan dan membawa keberkatan dalam kehidupannya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang