Bella Astillah luah rasa sedih anak dibuli, Ayden dipanggil ‘anak yatim’ di sekolah

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan penyanyi, Bella Astillah, meluahkan rasa sedih selepas anak sulungnya, Mohamad Ayden Adrean, menjadi mangsa buli di sekolah. 

Menurut Bella, kejadian itu berlaku bukan sahaja di sekolah kebangsaan berbahasa Cina yang dihadiri Ayden pada sesi pagi, tetapi juga di sekolah agama pada sesi petang. 

Memetik Gempak, sebagai langkah awal untuk melindungi anaknya, wanita itu mendaftarkan Ayden ke kelas taekwondo supaya mempunyai kemahiran mempertahankan diri. Namun begitu, dugaan tetap datang apabila kejadian buli masih berlaku.

Berkongsi kisah tersebut di majlis pengumuman pensijilan Halal Thong Bowl di IOI City Mall, Putrajaya, ibu kepada sepasang cahaya mata itu menceritakan bagaimana Ayden menerima ejekan yang benar-benar menyentuh hati seorang ibu. 

No Image Caption

Di sekolah agama, anak kecil itu pernah dipanggil “anak yatim” oleh rakan sekolahnya. 

“Bila dengar, hati rasa sedih sangat sebab dia masih kecil, tapi dah kena lalui kata-kata yang menyakitkan,” ujarnya. 

Enggan perkara itu berlarutan, Bella mengambil pendekatan bersemuka dengan pihak sekolah, keluarga murid terbabit dan juga pelaku itu sendiri. 

SOKONGAN EMOSI

Dia berharap langkah itu dapat memberi kesedaran kepada semua pihak bahawa buli bukanlah perkara remeh.

“Saya harap dia kuat… saya pergi sekolah, minta tolong ustazah… insya-ALLAH ada perubahan baik,” kata Bella yang tekad mahu membela anaknya.

Bella juga secara terus bercakap dengan murid perempuan yang membuli Ayden, sambil memberi semangat kepada anaknya untuk lebih berani selepas ini. 

No Image Caption

“Ayden, kamu kena kuat sikit selepas ini,” pesan Bella sambil memeluk anaknya. 

Baginya, anak-anak perlu tahu bagaimana untuk mempertahankan diri, namun sokongan emosi daripada keluarga juga sangat penting dalam membantu mereka melalui saat sukar seperti ini.

Kisah Bella dan Ayden tersebut menjadi peringatan kepada semua ibu bapa bahawa isu buli tidak boleh dipandang ringan. Ia bukan sahaja memberi kesan kepada fizikal, malah boleh meninggalkan luka emosi yang dalam.

“Saya cuma nak anak-anak saya membesar dalam persekitaran yang sihat, dihormati, dan selamat,” luah Bella.

Peranan ibu bapa, guru dan komuniti sangat penting dalam memastikan sekolah menjadi tempat yang harmoni dan bebas daripada sebarang bentuk buli.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang