Bermula dengan sakit bahu, anak Amyza Aznan hidap kanser paru-paru tahap 3. 'Semua cakap abang kuat...'
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/15/thumbs/900x900/3009225.jpg)
NALURI seorang ibu jarang sekali tersilap.
Begitulah yang dialami oleh pelakon terkenal, Amyza Aznan, apabila anak sulungnya, Andre Mikhail Khairul, mengalami gejala yang pada awalnya disangka hanya kekejangan otot.
Menurut Amyza, Andre yang aktif bersukan pada mulanya mengadu sakit bahu.
Lama-kelamaan, simptom yang dialami anaknya semakin membimbangkan apabila disusuli dengan demam dan batuk berpanjangan.
Lebih merisaukan apabila anaknya mengalami kesukaran untuk tidur dalam keadaan baring kerana setiap kali berbuat demikian, anaknya akan diserang sesak nafas yang menyesakkan dada.
Demikian reaksi pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah tatkala diminta berkongsi perasaan selepas cucu pertama.
Dalam satu temu bual bersama SinarPlus baru-baru ini, beliau yang mesra disapa Shiera berkongsi karenah anak sulungnya, Tallisya dalam berpantang.
Untuk perkongsian lebih lanjut lagi boleh tonton video ini." />
Ketika itulah, naluri seorang ibu mengesyaki sesuatu yang lebih serius dan segera membawa anak bujangnya itu ke klinik bagi mendapatkan rawatan lanjut.
Keputusan pemeriksaan akhirnya mengesahkan sesuatu apabila terdapat bendalir dalam paru-paru Andre, sekali gus membawa kepada dugaan yang lebih besar.
Terbaharu, menerusi satu hantaran di Instagram, bintang drama Monalisa itu berkongsi detik hiba apabila anak bujangnya kini disahkan menghidap kanser paru-paru tahap tiga.
"Anak saya Andre Mikhail setelah hampir 3 minggu (di hospital).
"Sekarang ini anak saya disahkan menghidap kanser paru-paru tahap 3.
"Air dari paru-paru dah masuk ke jantung.
"Paru-paru belah kanan dah collapse," tulisnya.
Dalam perkongsian tersebut, kelihatan Amyza sedang mengisi borang kebenaran prosedur perubatan sambil menemani anaknya ke Unit Rawatan Rapi (ICU) di Hospital Ampang.
Biarpun diuji dengan cabaran yang berat, Amyza kagum dengan ketabahan anaknya.
Andre dilihat tenang menerima ketentuan Ilahi, meskipun hakikatnya bukan sesuatu yang mudah untuk dihadapi.
"Ketika ditolak ke ICU untuk prosedur dia sangat tenang dan semua jururawat pun cakap yang anak saya sangat kuat," katanya.
Sebagai seorang ibu, Amyza tidak putus-putus berdoa agar anak kesayangannya diberikan kekuatan dan kesembuhan.
Dalam pada itu, beliau turut berharap agar orang ramai dapat menitipkan doa buat Andre supaya dipermudahkan segala urusan dan kembali sihat seperti sediakala.
"Saya merayu tumpangkan doa dari semua untuk keajaiban kesembuhan anak soleh Andre mikhail," titipnya.
Sebagai info, Amyza mendirikan rumah tangga bersama Khairil Idzhar Md Nazir pada 2004.
Hasil perkongsian hidup mereka dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Andre Mikhail, Andrian Adam dan Ayden Andika.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang