'Beruntungnya saya sebagai isteri, percaya kepada pemberian ALLAH.' Syura sayu, suami melecur teruk tak berhenti fikir cari rezeki keluarga
'WALAUPUN suami sedang dalam kesakitan dia tak pernah berhenti fikir untuk cari rezeki buat keluarga kami.
Demikian luah Syura Badron yang kini sedang melalui fasa sukar selepas suami, Muhamad Farizat Ismail, 30, cedera akibat melecur tahap dua pada bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan gas memasak yang berlaku di tempat penginapan kami di Perlis pada hari malam Jumaat lalu.
Menerusi video, hampir keseluruhan tubuh Farizat dilihat berbalut. Syura atau nama penuhnya Zuraidah binti Badron, 38, berkongsi perkembangan suaminya yang kini sudah lima hari dirawat di sebuah pusat perubatan di Sunway, Selangor
Tampak ceria menerusi hantaran Instagram isteri, hakikatnya lelaki itu menderita kesakitan susulan kecederaan melecur tahap dua. Tetapi lelaki itu tidak lupa tanggungjawabnya mencari nafkah buat keluarga dengan bertanyakan keadaan kakitangan mereka.
"Beruntungnya saya sebagai isteri, walaupun suami tengah dalam kesakitan. Dia tak pernah berhenti fikir untuk cari rezeki buat keluarga kami.
"Tak pernah miss tanya tentang staf yang sedang bertugas di food festival. Hari-hari tanya,sale ok tak? Staf ok tak, stok ok tak?
"Tak mengapa, percaya kepada rezeki ALLAH. Staf kita pun akan buat sehabis baik kat Manjung," kongsinya di Insta Story.
Sentiasa berada di sisi suaminya, Syura sentiasa mendoakan agar Farizat diberikan kesembuhan dengan segera.
"Apa yang penting awak sihat sepenuhnya dan kita boleh sama-sama berniaga macam dulu," katanya.
Terdahulu, Farizat melecur teruk di bahagian muka, kaki dan tangan akibat letupan tong gas di tempat penginapan mereka di Perlis.
Menurut Syura, suaminya itu dilaporkan stabil dan tidak mengalami kecederaan serius selepas menerima rawatan di sebuah hospital di Perlis dan dibawa ke Alor Setar, Kedah untuk menerima rawatan di Unit Rawatan Kebakaran.
Pemenang Master Chef Selebriti musim kedua itu tekad untuk membawa suaminya pulang dan menerima rawatan ibu negara kerana lebih dekat dengan ahli keluarga.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang