Betty Rahmad rakam resipi air tangan ibu, gelagat Mak Semah buat ramai terhibur. ‘Niat nak rekod momen dengan tersayang...'

No Image Caption
A
A
A

PELAKON dan usahawan, Betty Rahmad bukan sahaja aktif di TikTok untuk mempromosikan sambal ciptaannya, malah kini siaran langsungnya semakin mencuri perhatian.

Semuanya bermula ketika Betty sedang mempromosikan produk jualannya dengan secara spontan merakam ibunya, Mak Semah, yang sedang membuat kuih.

Tanpa disangka-sangka, perbualan santai anak beranak dan bebelan bersahaja Mak Semah ketika itu telah mencuit hati warganet.

Sejak itu, semakin banyak video memasak bersama ibu tersayang dirakam dan dikongsi.

Dalam pada itu, pemilik nama Norsha Rahmad Ali berhasrat untuk mendokumentasikan resipi kegemaran yang dimasak oleh Mak Semah, sebagai kenangan yang tidak ternilai.

Beliau secara jujur mengakui niatnya merakam video tersebut bukan hanya untuk kandungan media sosial, tetapi lebih kepada menyimpan memori bersama Mak Semah.

"Untuk konten memasak, itu semua resipi kegemaran saya yang dimasak oleh mak.

"Niat saya untuk rekod resipi dan cara dia memasak masakan kegemaran anak dia, dalam masa sama saya nak rakam untuk dijadikan kenangan bersama.

Artikel Berkaitan:

"Dalam video memasak itu ada momen bersama insan tersayang yang kami boleh tengok nanti pada suatu hari," luahnya.

Menariknya, selain resipi, gelagat Mak Semah turut menjadi tarikan utama.

Ramai yang terhibur dengan celotehnya, terutama apabila beliau berulang kali meminta Betty agar tidak terlalu memuji masakannya.

"Ramai lagi orang lain yang boleh memasak," kata Mak Semah dalam salah satu video yang mencuri perhatian ramai.

Ibu kepada Ardy Wira itu menjelaskan bahawa ibunya bukanlah dipaksa, sebaliknya lebih kepada rasa segan setiap kali dipuji melambung.

Hakikatnya, biarpun kelihatan segan dan merendah diri, Mak Semah sebenarnya cukup teruja setiap kali bertemu peminat, terutama ketika menemani anak perempuannya bekerja di luar.

Bagi Betty, meskipun ibunya kerap meminta agar tidak dipuji keterlaluan, sebagai anak, beliau tetap yakin air tangan ibunya adalah yang terbaik di dunia.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang