Bunga emas 24 dinar kejutan buat Erra, 95 peratus persiapan Ezwan urus. “Banyak surprise saya sediakan untuk dia...'

No Image Caption
A
A
A

ADA sesuatu yang menyentuh hati apabila seorang suami merancang kejutan khas untuk wanita yang baru sahaja bergelar isterinya. Itulah detik manis yang menjadi pembuka perjalanan baharu Erra Fazira, apabila Ezwan Zain menghadiahkan mas kahwin yang bukan sekadar bernilai, tetapi diolah begitu indah sebagai bunga emas yang mana menjadi kejutan yang langsung tidak disangka oleh Erra.

Menurut Ezwan, isterinya itu memang mengetahui tentang dinar emas yang akan dijadikan mas kahwin. Namun bentuknya, jumlahnya dan cara ia dihadiahkan, semuanya dirahsiakan sehingga tiba detik akad nikah.

No Image Caption

“Banyak kejutan yang saya cuba sediakan untuk Erra hari ini antaranya mas kahwin yang dijadikan bunga emas.

"Sebelum ini dia sudah tahu tentang dinar emas itu tetapi tidak tahu akan diberikan sebanyak 24 keping," ujar pemilik kafe KUEH itu.

Simbolik  Nombor  24

Jelasnya lagi, angka 24 itu tidak membawa sebarang makna simbolik, sebaliknya hanya untuk mencukupkan jumlah keseluruhan 100 gram.

“Tiada simbolik nombor 24 itu, sebaliknya sekadar ingin mencukupkan berat 100 gram," jelasnya lagi.

Sementara itu, pemilik nama sebenar Fazira Wan Chek mendedahkan, hampir keseluruhan persiapan majlis telah diuruskan oleh suaminya.

“Kalau perkahwinan sebelum ini saya yang banyak uruskan.

No Image Caption

"Kali ini boleh dikatakan Ezwan yang menguruskan 95 peratus segala urusan perkahwinan kali ini," ungkap wanita berusia 51 tahun itu lagi.

Menyentuh tentang perancangan berbulan madu, kedua-keduanya mengakui tidak berkesempatan berbuat demikian dalam masa terdekat memandangkan pelakon dan penyanyi itu terikat dengan jadual penggambaran serta konsert yang bakal berlangsung Februari nanti.

Kongsi Erra, mereka berdua akan merancang semula selepas Aidilfitri nanti.

Terdahulu, Erra selamat dinikahkan dengan Ezwan dalam majlis akad nikah yang berlangsung di Kampung Melayu Subang pada jam 9.19 pagi.

No Image Caption

Majlis berlangsung sederhana, manis dan penuh simbolik cinta yang baharu bermula dengan kehadiran kira-kira 300 orang tetamu yang terdiri daripada ahli keluarga, sahabat handai dan rakan-rakan media.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang