Cepat penat, hidung kerap berdarah, denyutan di belakang, Zara Zya dedah hidap kanser buah pinggang tahap satu
PELAKON Zara Zya berkongsi berita duka disahkan menghidap kanser buah pinggang jenis karsinoma sel renal.
Menerusi hantaran di Threads, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin, itu mendedahkan telah lama mengalami tanda-tanda awal sejak empat tahun lalu sehingga didiagnosis menghidap barah berkenaan pada tahun 2024.
"Bertahun badan memberi isyarat. Cepat penat, hidung kerap berdarah.
"Sehingga tahun lepas, semuanya terjawab apabila saya disahkan menghidap Kanser buah pinggang jenis karsinoma sel renal (renal cell carcinoma) tahap satu.
"Tolong jangan abaikan isyarat tubuh kita," titipnya di Thread.

Artikel berkaitan:
- 'Tanpa pemeriksaan, saya mungkin tak sedar cyst sudah berada di tahap satu kanser' - Zara Zya
- Zara Zya terus berjuang, alami masalah tulang leher, tulang belakang & arthritis. 'Nampak sihat luaran tetapi sakit dalaman...'
Aktres versatil berusia 38 tahun itu juga berkongsi antara simptom lain yang dihadapi ialah denyutan di belakang kawasan buah pinggang dan kanser itu hanya dikesan menerusi ujian imbasan pengimejan resonans magnetik (MRI).
"Saya telah menjalani pembedahan buang sebahagian (buah pinggang) pada tahun lepas," kongsinya.

Warga maya memberikan semangat buat Zara. Rata-rata mendoakan agar urusan pelakon itu segera sembuh.
Zara terdahulu mendedahkan bergelut masalah kesihatan berkaitan tulang leher, tulang belakang dan arthritis.
Januari lalu, pelakon drama I Love You Mr Arrogant itu turut mendedahkan tubuhnya mengalami kekurangan hormon dan vitamin tertentu selain menjalani pembedahan untuk membuang fibroid serta cyst pada buah pinggang.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
