Zara Zya terus berjuang, alami masalah tulang leher, tulang belakang & arthritis. 'Nampak sihat luaran tetapi sakit dalaman...'
LAMA tidak nampak kelibat pelakon versatil ini. Khabarnya aktres Zara Zya sedang bergelut masalah kesihatan berkaitan tulang.
Berkongsi keadaan terkini, pemilik nama Zainurul Razia Mohd Zainuddin sudah enam hari dimasukkan ke wad.
"Terus berjuang. Doktor pun belum dapat diagnosis lagi apa penyakit saya untuk kali ini.
Apa yang pasti berkaitan tulang leher, tulang belakang dan arthritis," kongsinya.
Dalam masa sama, aktres berusia 38 tahun itu turut mendedahkan tubuhnya mengalami kekurangan hormon dan vitamin tertentu.
"Saya juga mengalami kortisol rendah, vitamin D rendah dan paras hemoglobin rendah.
"Tetapi masalah ini dapat dirawat dengan ubatan yang ada. Alhamdulillah," kongsinya.
Sayu berkongsi perkembangan dirinya, pelakon I Love You Mr Arrogant berkenaan memohon doa agar dikurniakan kesembuhan.
"Sebelum ini saya sudah jalani pembedahan untuk membuang fibroid dan cyst.
"Saya harap penerangan ringkas ini dapat difahami dengan mudah oleh anda semua.
"Doakan kesembuhan saya yang nampak sihat luaran tapi sakit dalaman ni ya," kongsinya.
Imbas kembali, Zara Zya terdahulu pernah menjalani pembedahan untuk membuang cyst pada buah pinggang kiri, fibroid dan facet joint injection pada tulang belakang pada Mei 2024.
Ia susulan diagnosis yang mengesahkan sindrom serviks facet dan sindrom lumbar facet yang dialaminya.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang