Corat-coret menarik Konsert GenKRU The Finale: One More Time

No Image Caption
A
A
A

SELEPAS mencipta fenomena melalui empat malam berturut-turut Konsert GenKRU pada Mei lalu, trio adik-beradik KRU kembali menghangatkan industri dengan penganjuran genKRU The Finale: One More Time di Stadium Hoki Bukit Jalil pada 22 November lalu. 

Konsert kelima yang dianjurkan bersama Icon Entertainment itu sekali lagi membuka lembaran baharu dalam sejarah muzik tanah air selepas empat persembahan terdahulu di Axiata Arena berjaya mencatat rekod tersendiri. 

Permintaan luar biasa daripada peminat menjadi faktor utama mengapa kumpulan berpengaruh itu dipanggil semula untuk tampil dalam pentas berskala besar.

Berikut corat-coret sepanjang Konsert GenKRU The Finale: One More Time:

1. Peminat mula membanjiri pekarangan Stadium Hoki seawal jam 3 petang, biarpun pintu masuk hanya dibuka beberapa jam kemudian, menandakan keterujaan luar biasa terhadap pementasan finale ini.

2. Suasana luar stadium meriah dengan booth jualan merchandise rasmi, menjadi tumpuan peminat untuk mendapatkan koleksi edisi khas genKRU The Finale.

Kemunculan Leona dan Datuk Vida ketika lagu Gerenti Beres menggamatkan konsert malam itu.
Kemunculan Leona dan Datuk Vida ketika lagu Gerenti Beres menggamatkan konsert malam itu.

3. Penganjur turut menganjurkan sesi meet & greet bersama barisan pelakon drama bersiri Satu, Dua... Dia? termasuk kumpulan Alpha dan Erysha Emyra yang berada di bawah arahan Datuk Yusry.

Artikel Berkaitan:

4. Penonton dibenarkan masuk secara berperingkat untuk memastikan aliran pergerakan lebih teratur dan mengelakkan kesesakan sebelum konsert bermula.

Kehadiran Elite menambah nostalgia kegemilangan KRU di era 90-an.
Kehadiran Elite menambah nostalgia kegemilangan KRU di era 90-an.

5. Berdepan cuaca tidak menentu sejak beberapa hari lalu, pihak penganjur mengambil langkah proaktif dengan menyediakan 12,000 helai baju hujan sebagai persediaan keselamatan dan keselesaan peminat.

6. Hampir 12,000 peminat memenuhi Stadium Hoki Bukit Jalil, ramai hadir dengan tema pakaian era 90-an yang menghidupkan suasana nostalgia tiga dekad.

Kehadiran Juliana Banos sememangnya dinantikan ramai.
Kehadiran Juliana Banos sememangnya dinantikan ramai.

7. KRU muncul tepat jam 8.45 malam, membuka persembahan dengan Mengerti sebelum mengalunkan medley lagu-lagu awal seperti Fobia dan Salah Siapa.

8. Momen penuh emosi tercetus apabila Yusry sebak melihat lautan peminat, menjadikan malam itu lebih bermakna buat mereka bertiga. Sementara Edry berkongsi ketiadaan bapa mereka yang tidak dapat hadir kerana kurang sihat.

KRU membuktikan mereka masih terhangat di pasaran.
KRU membuktikan mereka masih terhangat di pasaran.

9. Setlist merangkumi lebih 30 tahun perjalanan muzik, daripada Awas, Voodoo, Intifada hingga Fanatik dan Terhangat Di Pasaran, menggegarkan stadium hampir tiga jam tanpa henti.

10. Kemunculan artis undangan seperti Juliana Banos, Elite, Adam AF, Dina Nadzir, Leona dan Dato Vida menambah warna dan kejutan yang menghidupkan kembali era kegemilangan KRU.

Momen KRU ke tengah tempat duduk peminat menggamit memori tersendiri.
Momen KRU ke tengah tempat duduk peminat menggamit memori tersendiri.

11. Kumpulan Rabbani muncul sebagai kejutan istimewa, membuat persembahan bersama KRU yang mendapat sorakan luar jangkaan daripada penonton.

12. Edry mengalami kekejangan dan muntah-muntah selepas persembahan, namun keadaannya dilaporkan stabil selepas menerima rawatan segera daripada pasukan perubatan.

No Image Caption

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang