30 tahun bersama, Linda Rafar umum kekal bersama Elite. 'Puas dan penat juga Abang Long memujuk'
PENYANYI dah ahli kumpulan Elite, Linda mengumumkan akan terus kekal bersama kumpulan itu.
Menerusi hantaran di Instagram, pemilik nama Azlinda Abdul Rafar, 47, meluahkan akan terus bersama sekali gus menafikan ura-ura menarik diri dari arena hiburan.
"Terima kasih ALLAH SWT dan semua yang mendoakan Linda terus kekal bersama kumpulan Elite. Keputusan ini bukanlah yang mudah," luahnya.
Dalam pada itu, Linda mengimbas kembali detik awal Elite dan keakraban hubungannya dengan 'otai' industri muzik, Datuk Norman Abdul Halim iaitu tunjang utama syarikat rakaman yang bertanggungjawab melonjakkan nama kumpulan itu.
"Pada mereka yang belum tahu perkenalan Linda dengan Abang Norman bermula sejak tahun 1995, sudah hampir 30 tahun. Jadi bukanlah mudah untuk Linda buat keputusan secara terburu-buru. Puas dan penat juga Abang Long nak memujuk.

"Ya, betul, memang sejak Linda berumur 16 atau 17 tahun, kalau ada masalah, Abang Long yang selalu berjaya memujuk.
"Maklumlah, dalam Elite, sayalah yang paling muda dan paling manja. Betul tak?
"Sebab itu sampai sekarang pun masih tidak hilang naluri seorang yang sangat sensitif iaitu cepat terasa tetapi juga sangat mudah memaafkan sesiapa sahaja," kongsinya.
Dalam pada itu, isteri kepada pelakon Syed Aiman itu juga berharap konsert yag bakal berlangsung 22 November ini berjalan dengan baik.
"Pada rakan-rakan Shasha, Watie dan Adam, terima sudi temani saya semasa sesi memujuk. Doakan baik-baik untuk konsert Genkru," titipnya.

Baru-baru ini Linda meluahkan sedang mempertimbangkan kemungkinan dirinya berundur daripada Elite.
Terdahulu Linda dilapor terkesan dengan kecaman selepas beraksi pada Konsert Elite Live '25 di Dewan Plenari, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), September lalu.
Linda dilapor enggan memaafkan individu yang mencemar nama baik dan mengaibkan keluarganya. Kecaman itu dipercayai berpunca daripada pandangan orang ramai mengenai pemakaiannya pada konsert tersebut.
Penyanyi itu tidak boleh bertolak ansur apabila ada pihak yang mengaitkan perkara berkenaan dengan keluarganya.
Sekadar info, Elite yang ditubuhkan pada tahun 1995 dan dianggotai oleh Abby Abadi, Azza Zawari, Sasha Saidin, Watie Sadali serta Linda telah melahirkan tiga album studio dan satu album kompilasi.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
