'Dia dalam keadaan sihat & baik...' Zaquan Adha enggan kongsi punca, minta beri ruang, Ayu Raudhah tenang & reda
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/12/thumbs/900x900/3004505.jpg)
PEMERGIAN anak bongsu pasangan selebriti, bekas pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha dan isteri, pelakon Ayu Raudhah meruntun hati warga maya. Masakan tidak, kehilangan permata hati daripada tujuh beradik itu secara tiba-tiba mengejutkan banyak pihak.
Zaquan yang tidak berhenti menitiskan air mata saat pengebumian Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees di Tanah Perkuburan Islam Makam Tuan Haji Said, Seremban, memohon diberikan ruang dan privasi.
"Saya memohon doa daripada semua agar saya dan isteri kuat. Kami anak ramai, setiap anak ada bahagian masing-masing.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/12/3004501.jpg)
"Mungkin ini yang terbaik untuk anak kami. Terima kasih kepada semua orang yang tidak putus-putus memberikan sokongan daripada mendapat berita (kematian) sehingga ke hari ini.
"Terima kasih banyak-banyak. Tiada apa-apa yang dapat saya katakan selain daripada terima kasih," kongsinya.
Ditanya mengenai keadaan Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees sebelum menghembuskan nafas terakhir, kembar Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak itu enggan berkongsi sebaliknya memohon ruang dan privasi.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/12/3004504.jpg)
"Kalau boleh biarlah perkara ini menjadi privasi. Hanya saya, isteri dan anak-anak yang tahu apa sebenarnya (yang terjadi).
"Saya bersyukur sebenarnya apa yang berlaku ini ada hikmahnya. Saya tidak mungkin akan kongsikan kepada semua.
"Mungkin kerana masih baharu lagi dan kami masih dalam keadaan terkejut. Baby pun dalam keadaan yang sangat sihat dan baik.
"Dalam keadaan yang masih lagi terkejut ini saya minta agar diberikan ruang untuk kami," kongsinya.
Sementara itu, Ayu pula ketika ditemui wartawan kelihatan tenang meredai pemergian puteranya.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/12/3004502.jpg)
"At first place, dia (Allahyarham Muhammad Aisy Al Rees) memang bayi daripada syurga sejak lahir sehingga menghembuskan nafas yang terakhir.
"Dia memang tidak pernah menyusahkan dan baik luar biasa. Memang ditakdirkan dia baby syurga," katanya dalam nada sebak.
Mengenang kembali si kecil kesayangannya yang dipinjamkan selama enam bulan itu, Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan, 40, mengakui ia adalah momen bermakna.
"Ia adalah kenangan yang terindah. Dia adalah pinjaman dan bila-bila masa sahaja boleh diambil.
![No Image Caption](https://website-sinarharian.sinarharian.com.my/sinarplus/uploads/images/2025/02/12/3004503.jpg)
"Terlalu banyak nikmat yang boleh diperkatakan kenapa DIA (ALLAH) hendak ambil kerana itu semua adalah hak-NYA.
"Saya reda, insya-ALLAH," tutur Ayu menahan sebak.
Muhammad Aisy Al Rees yang dilahirkan pada 2 Ogos 2024 dengan berat 2.3 kilogram terdahulu tidak sedarkan diri di kediaman mereka di Taman Sri Pulai, Sikamat, sekitar jam 1 petang, Selasa sebelum dikejarkan ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban.
Sekadar info, Ayu atau nama penuhnya Raudhah Che Wan dan Zaquan mendirikan rumah tangga pada 21 Januari 2011.
Selain Muhammad Aisy Al Rees, Ayu dan Zaquan dikurniakan enam lagi cahaya mata, Muhammad Aisy Qaiser, 11; Muhammad Aisy Aryann, 10: Laura Zuleykha, 7; Muhammad Aisy Khaliq, 5; Muhammad Aisy Al Jibreel, 2, dan anak keenam, Qaisy berusia setahun.
Sumber: Instagram Astro Gempak
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang