'Dia sangat terkesan...' Sophia Albarakbah buat laporan polis, alami tekanan emosi, dibuli & gangguan seksual selepas menang anugerah
PELAKON jelita Sophia Albarakbah membuat laporan polis berhubung berhubung isu buli siber dan gangguan seksual yang diterimanya, baru-baru ini.
Tidak dapat menahan sebak, pelakon berusia 32 tahun itu menyerahkan segala persoalan kepada peguamnya, Aizat Izuan Shakeel.
Aizat menjelaskan, Sophia terkesan susulan dinobatkan sebagai Selebriti Feminin Terhangat.
"Anak guam kami, Sophia amat terkesan dengan segala perkara yang telah berlaku sejak seminggu ini.
"Bermula daripada selepas dia dinobatkan sebagai Selebriti Feminin Terhangat yang mana kita semua tahu adalah perkara yang berlaku. Saya pun tak nak sentuh.

"Tapi berikutan peristiwa tersebut selama hampir seminggu ini, dia mengalami tekanan emosi. Kami bimbang, perkara ini boleh sampai mengganggu kesihatan mental seseorang. Anak guam kami pun memang amat terkesan.
"Saya boleh jawab bagi pihak dia, kalau soalan mengenai kesan, ia amat mendalam. Jadi sebab itulah akhirnya, hari ini anak guam saya mengambil keputusan berani tampil membuat tuntutan daripada sudut undang-undang.
"Pihak berkuasa, Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) jangan biarkan lagi ada mana-mana artis, selebriti atau orang awam yang menjadi mangsa kepada buli siber," jelasnya.
Ditanya sama ada menyesal atau tidak menerima anugerah berkenaan, Aizat menjelaskan malam anugerah berkenaan sepatutnya momen yang menggembirakan.

"Perkara ini pun saya sudah bincang panjang dengan anak guam. Jadi apa yang dijelaskan oleh Sophia, malam itu sepatutnya pada menjadi malam kemenangan yang patut nikmati penuh kegembiraan.
"Dia memang bersyukur atas kemenangan dan berterima kasih kepada semua yang telah mengundi, tetapi tidak sangka dirinya tidak dapat menikmati momen berkenaan walaupun dalam masa 24 jam.
"Sebenarnya sejak dinobatkan kemenangan itu sampailah dia pulang ke rumah, perasaan gembira itu masih ada until the moment, dia menerima komen di Instagram.
"Dia mula melihat posting-posting yang dibuat oleh portal dan netizen," kongsinya.
Terdahulu, Sophia memenangi anugerah yang telah disampaikan oleh penyanyi dan pelakon, Bella Astillah.
Sumber: Media Hiburan
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

