'Saya fokus kepada kebaikan.' Bella Astillah respons isu trauma menyampaikan anugerah, pilih melangkah ke hadapan
HAMPIR seminggu mengunci mulut selepas insiden mencetuskan trauma lama, penyanyi dan pelakon Bella Astillah akhirnya memberikan respons.
Menerusi laman sosial Instagram, pelakon berusia 32 tahun itu menjelaskan pada majlis Anugerah Melodi Terhangat (AMT) 2025 baru-baru ini dan menyatakan penghargaannya terpilih sebagai Selebriti Couple Goals.
"Alhamdulillah syukur. Terima kasih Anugerah Melodi atas penghargaan ini.
"Pelbagai rasa, namun saya tetap anggap ia satu pengalaman yang luar biasa dan akan dikenang.
"Selepas hampir seminggu refleksi dan mendengar semua sisi, saya pilih untuk fokus pada kebaikan malam itu dan melangkah ke hadapan.

"Tapi walau apa pun, sebenarnya kasih sayang dan sokongan anda semua tetap menjadi hadiah paling bermakna buat Bella.
"Dan tak lupa terima kasih keluarga, sahabat, fans kesayangan dan label saya @universalmusic_my," kongsinya.
Pada AMT Ahad lalu, Bella kelihatan janggal ketika mengumumkan pemenang kategori Selebriti Feminin Terhangat, yang dimenangi aktres Sophia Albarakbah
Pembantunya, Niel Rafeq sempat berkongsi keadaan sebenar di sebalik reaksi canggung Bella ketika di pentas yang sebenarnya bertarung dengan dengan trauma menimpa pada masa lalu.
Terdahulu, ibu kepada sepasang cahaya mata itu suatu ketika telah mendedahkan, seorang pelakon wanita menjadi orang ketiga dalam rumah tangganya pada tahun 2023.
Malah, aktres berkenaan didakwa mengganggu keharmonian rumah tangga mereka ketika itu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
