Doa tulus Sari Yanti sempena ulang tahun ke-41: 'Semoga dengan detik waktu yang berbaki ini Ya ALLAH…'

No Image Caption
A
A
A

SETIAP detik usia adalah anugerah, setiap hela nafas adalah nikmat yang tidak ternilai. 

Begitulah rasa syukur yang terpatri di hati pelakon dan penggiat seni, Sari Yanti Mohamad Nazari, ketika menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-41 baru-baru ini.

“Alhamdulillah, syukur untuk umur yang ke-41 ini,” tulis Sari Yanti dalam coretan penuh keikhlasan di media sosialnya. 

Usia yang semakin meningkat mengingatkannya tentang hakikat kehidupan dan kematian. 

Namun, apa yang paling terserlah adalah ketenangan dan pengharapan tulus seorang ibu, seorang anak seni, dan insan yang sentiasa merenung makna hidup.

No Image Caption

Dalam doanya, isteri kesayangan Jepp Sepahtu memohon agar setiap detik yang berbaki di dunia ini diberkati dengan kesihatan, kesejahteraan, dan rezeki yang berpanjangan, bukan sahaja untuk dirinya tetapi juga untuk keluarga dan keturunannya.

 “Semoga dengan detik waktu yang berbaki ini, Ya ALLAH, dikurniakan pada hamba-MU Sari Yanti Mohamad Nazari ini dengan pengakhiran yang husnul khatimah,” tulisnya.

Bukan itu sahaja, ibu kepada lima cahaya mata itu juga mendoakan agar dosa-dosa diampunkan, dikurniakan anak-anak dan keturunan yang soleh, serta kehidupan yang bahagia dan berjaya di dunia dan akhirat. 

MENYENTUH HATI

Coretan Sari Yanti bukan sekadar ucapan ulang tahun, tetapi merupakan renungan mendalam tentang keberkatan, pengampunan, dan pengharapan pada YANG MAHA ESA.

Ucapan dan doa ini turut menyentuh hati suami tercinta, yang tidak melepaskan peluang menitipkan kata-kata penuh kasih: “Moga berada dalam reda dan rahmat-NYA.” 

No Image Caption

Perkongsian wanita cantik manis itu turut menuai perhatian para peminat dan pengikutnya di media sosial. 

Rata-rata membanjiri ruangan maya dengan ucapan manis dan doa tulus. Antaranya, “Happy birthdayy kak Sari cantik. Semoga yang baik-baik untuk kak Sari."

“Selamat ulang tahun, Sari… Aamiin atas doa-doanya. Semoga segala kebaikan mengiringimu di dunia dan akhirat.” 

Ada juga ucapan, “Selamat Hari lahir kak Sari. Semoga dipanjangkan umur, dimewahkan rezeki, diberi kesihatan yang baik, dan berbahagia di samping keluarga."

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang