Erra menitis air mata tak sangka akan berumah tangga sekali lagi, harap perkahwinan terbahagia. Ijab kabul jadi amanah Ezwan Zain

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Erra Fazira menzahirkan rasa syukur dan terharu selepas selamat melangsungkan pernikahan dengan suami tercinta, Ezwan Zain. Menurutnya, dia tidak menyangka akan melalui fasa berumahtangga sekali lagi dan berharap hubungan yang dibina kekal bahagia hingga ke syurga.

Dalam ucapan penuh emosi, Erra berterima kasih kepada semua peminat yang sentiasa mendoakan kebahagiaannya.

“Saya pun tak sangka yang saya akan mendirikan rumah tangga sekali lagi. Saya harap rumah tangga ini berkekalan hingga ke jannah. Inilah yang terbaik, terbahagia dan teristimewa. Insya-ALLAH,” katanya kepada SinarPlus.

Dalam pada itu suaminya, Ezwan turut meluahkan penghargaan kepada rakan media, kru produksi, sahabat handai serta semua pihak yang memberikan sokongan positif sejak awal.

No Image Caption

“Banyak yang menyokong dan mendoakan. Semua yang positif-positif. Itulah yang menjadikan semangat kami untuk adakan satu majlis yang saya rasa cukup lancar,” ujarnya.

Usahawan itu menyifatkan ijab kabul yang berlangsung dianggap sebagai satu amanah dan tanggungjawab besar dalam hidupnya.

“Saya anggap akad hijab dan kabul tadi itu sebagai satu amanah, satu tanggungjawab. Doakan kami mencapai kebahagiaan berkekalan sehingga akhir hayat,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Erra yang menjawab soalan media turut menceritakan bagaimana berita mengenai hubungannya dengan Ezwan disampaikan kepada keluarga.

No Image Caption

“Saya rasa pertama kali break the news, terus bawa je Ezwan jumpa mak. Tapi sebelum tu, kita dah hint sikit nak bawa kawan. Mak pula waktu tu dah dengar-dengar. 

"Saya jenis yang tak akan cakap selagi tak betul-betul confirm, jadi biar mak dapat berita-berita dulu,” katanya.

Sementara itu, Ezwan juga berkongsi bahawa dia juga tidak memaklumkan hubungan mereka kepada keluarga lebih awal. Namun selepas berita mula tersebar, ibu mula bertanya.

“Mak ada yang bertanya… mungkin ini gimik ke apa, takut ada gimik. 

"Jadi saya beritahu mak, Ezwan sekarang berkawan dengan Erra. Mak doakan semoga persahabatan ini dibawa ke arah yang lebih baik,” kata Ezwan.

No Image Caption

Menurutnya, sejak awal lagi dia memang berniat membawa hubungan itu ke fasa yang lebih serius.

“Saya dari awal nak bawa (hubungan kami) ke fasa yang lebih baik” katanya sambil tersenyum.

Pasangan yang berbeza tujuh tahun itu terdahulu dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan, Majlis Agama Islam Selangor, Mohd Sabirin Noordin di Rinjani Majestic, Subang.

Erra menerima mas kahwin berupa sepokok bunga emas seberat 102 gram dengan 24 keping dinar logam itu sebagai mas kahwin.

Terdahulu, Ezwan, 44, merisik Erra dan menyerahkan cincin sebagai tanda kepada pihak Erra pada Oktober lalu.

Sekadar info, Erra atau Fazira Wan Chek, 51, bergelar ibu tunggal selama 11 tahun memiliki seorang cahaya mata perempuan dinamakan Engku Aleesya yang kini berusia 16 tahun.

Manakala Ezwan merupakan bapa tunggal kepada seorang anak perempuan, Dania Sofea berusia 16 tahun.

Pasangan itu mula menjalinkan hubungan serius sejak Ogos 2024.

Seperti pernikahan, majlis resepsi pada 13 dan 27 Disember ini juga akan disiarkan secara langsung di saluran YouTube Kasi Ons.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang