Fattah Amin infak komisen jualan kambing perap kepada golongan memerlukan. ‘Kami bangga dia yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan’

No Image Caption
A
A
A

PEMURAHNYA aktor tampan, Fattah Amin ini. Sudahlah kacak, baik hati pula.

Walaupun menerima pendapatan tinggi hasil populariti akhir-akhir ini, beliau tidak lupa golongan yang memerlukan.

Dalam satu hantaran tular jenama kambing perap terkenal, pelakon Pendekar Awang: Darah Indera Gajah itu enggan menerima komisen hasil jualan kambing perap di TikTok baru-baru ini sebaliknya menginfakkan kesemua komisen yang diterimanya kepada golongan yang memerlukan.

No Image Caption

Perkara tersebut didedahkan sendiri oleh syarikat kambing perap itu dengan memuat naik perbualan mereka bersama pelakon itu di group WhatsApp.

"Kami kecewa sebab beliau tolak komisen dan tak ambil satu sen atas penat lelah menjual kambing. Tapi kami bangga beliau yakin dengan rezeki yang telah ditakdirkan.

No Image Caption

"Kami minta izin untuk kongsi buat inspirasi rakyat Malaysia. Tangan yang memberi adalah lebih baik dari yang menerima. Semoga dibalas segala kebaikan Fattah Amin," katanya.

Artikel Berkaitan:

Biarpun amaun sebenar yang diterima Fattah tidak didedahkan, aktor itu berjaya menjual hampir 10,000 set kambing perap dalam tempoh tiga jam siaran langsung.

Moga kebaikan dilakukan Fattah ini menjadi inspirasi buat semua.

Sumber: TikTok

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang