Foto Fattah Amin dan Fatima undang perhatian, warganet doa pernikahan dipermudahkan
MENJELANG detik bahagia yang dijadualkan berlangsung esok, Instagram milik pelakon popular Fattah Amin mencuri perhatian warganet.
Dalam hantaran terbaharu, Fattah berkongsi sekeping foto menyentuh hati bersama puteri kesayangannya, Nur Fatima Aisya, yang turut disertakan kapsyen ringkas berupa emoji hati berwarna biru.
Walaupun baru dimuat naik kira-kira dua jam lalu, tinjauan SinarPlus mendapati hantaran tersebut pantas meraih perhatian warga maya dengan lebih 46,000 tanda suka sekali gus mencerminkan keterujaan dan sokongan peminat terhadap kehidupan peribadi figura terkenal itu.

Rata-rata gembira dan meneka Fatima itu akan bersama pada hari bahagianya bapanya esok. Berikut antara komen warganet.
"Yeay Fatima ada dengan Daddy! Semoga majlis ijab & kabul Fattah dan Amira dipermudahkan, diberkati oleh ALLAH dan berjalan lancar."
"Sayang Fatima. Semoga majlis dipermudahkan buat Fattah dan Amira."
"Kasih sayang seorang ayah terhadap anaknya tidak akan pernah berkurang atau pudar, walau apa pun yang berlaku."

Menariknya, ramai warganet turut memuji kematangan dan sikap berlapang dada Fazura, yang dilihat memberi ruang kepada anak mereka untuk bersama Fattah menjelang hari istimewanya.
"Kalau ini gambar terkini, salute pada Faz sebab beri keizinan Fatima raikan hari bahagia daddy dia esok. Alhamdulillah, semua tenang dan damai," antara komen yang ditinggalkan seorang pengguna.
Sekadar info, Fatima yang dilahirkan pada 2 Oktober 2020 adalah hasil perkahwinan Fattah bersama pelakon dan usahawan, Nur Fazura.
Melangsungkan perkahwinan pada 27 November 2017, mereka secara rasmi bercerai pada 4 November tahun lalu.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
