Hadiahkan telekung sebagai tanda pujuk, Kamal Adli mahu isu tarikh nikah diselesaikan secara tertutup

No Image Caption
A
A
A

PELAKON Kamal Adli mengakui masih berusaha memujuk isterinya, Uqasha Senrose, bagi menyelamatkan rumah tangga mereka yang kini akan melalui prosiding perceraian ketiga pada 19 November depan.

Menurut Kamal, antara usaha kecil yang pernah dilakukan adalah menghadiahkan telekung sebagai tanda kasih dan harapan agar hubungan mereka kembali pulih.

“Saya ada bagi telekung kepada dia. Itu usaha kecil saya.

"Tapi selepas saya dapat surat yang meminta saya tidak menghubungi dia buat sementara waktu, saya hormat ‘cooling period’ itu.

"Kalau saya, memang nak pujuk,” katanya ketika ditemui usai prosiding di Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, di sini.

Peguam syarie yang mewakili Kamal, Abdul Hadi Mohd Salleh, memaklumkan pihaknya telah mengemukakan surat rasmi kepada pihak Uqasha bagi memohon pertemuan secara peribadi.

“Kita ada usaha. Kita sudah hantar surat untuk ajak berbincang dan bertemu secara peribadi,” jelasnya.

Artikel Berkaitan:

Kamal berharap dapat bertemu Uqasha bagi membincangkan kemelut rumah tangga mereka.
Kamal berharap dapat bertemu Uqasha bagi membincangkan kemelut rumah tangga mereka.

Dalam masa sama, Abdul Hadi menjelaskan bahawa pihaknya tidak akan mengulas panjang mengenai isu kekeliruan tarikh atau waktu pernikahan pasangan berkenaan, yang sebelum ini menjadi perbualan dalam kalangan netizen.

“Untuk isu tarikh nikah, kita tidak mahu komen apa-apa kerana ia berkaitan keluarga dan lebih baik diselesaikan secara dalaman.

"Kita sudah buat surat penjelasan kepada pihak peguam Uqasha dan tidak berhasrat untuk membahaskannya secara terbuka,” ujarnya.

Kamal turut memaklumkan, dia telah memaafkan isterinya berkaitan kenyataan yang dibuat mengenai isu tersebut.

“Itu isteri saya. Walaupun kami lama tidak berjumpa, saya maafkan.

"Ada khilaf daripada saya juga. Itu maksudnya, ia bukan salah dia.

"Ada perkara yang kami perlu selesaikan dalam keluarga,” katanya dengan nada menahan sebak.

Mahkamah sebelum ini menetapkan 19 November sebagai tarikh sebutan semula prosiding perceraian berkenaan.

Rumah tangga pasangan itu dikatakan mula bergolak sejak April lalu. Difahamkan, Uqasha kini tidak tinggal sebumbung dan menetap bersama ibunya.

Kamal dan Uqasha mendirikan rumah tangga pada 4 November 2021 di Janda Baik, Pahang, dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Hawra Uqaira, yang kini berusia 18 bulan.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang