Hamil ektopik kali kedua, Sari Yanti dibedah. 'Doakan cepat sembuh'
TAKZIAH buat pelakon Sari Yanti yang mengalami kehamilan luar rahim atau ektopik.
Dalam hantaran terbaharu, suaminya, Jep Sepahtu berkongsi keadaan terkini Sari Yanti yang sedang menerima rawatan.
Difahamkan, pelakon berusia 40 tahun itu akan menjalani pembedahan.
"Pembedahan kehamilan luar rahimku yang kedua."
"Alhamdulillah ala kulli hal. Tolong doakan semuanya berjalan lancar ya dan semoga Sari Yanti cepat sembuh. Terima kasih semua," titip Jep.
Warganet rata-rata menitipkan doa agar Sari Yanti tabah dan segera sembuh.

Terdahulu, Sari Yanti mendedahkan kepada Nona bahawa beliau pernah mengalami hamil luar rahim hingga terpaksa menjalani pembedahan membuang salah satu tiub Fallopio ketika awal perkahwinannya dengan Jep.
Walaupun usia kandungan ketika itu masih kecil, namun disebabkan ia membesar di dalam tiub Fallopio, maka tiub tersebut pecah. Sari ketika itu terpaksa menjalani pembedahan membuang sebelah tiub Fallopionya.
Selain itu, pemilik nama Sariyanti binti Mohamad Nazari itu juga pernah keguguran sebanyak dua kali pada perkahwinan keduanya.
Sekadar info, Jep atau sebenarnya Mohd Nadzri Zainal Abidin dan Sari Yanti melangsungkan perkahwinan mereka pada 25 Februari 2017.
Hasil perkongsian hidup, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Dariya Inara, 7, Muhammad Khidir, 5, dan Abu Bakr, 4.
Sari juga memiliki dua cahaya mata daripada perkahwinan pertamanya iaitu Barr Al-Aliy, 15, dan Baasit Al-Haq, 14.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
