'Hari yang gementar, doakan baik-baik' - Dr Fie

No Image Caption
A
A
A

ISTERI penyanyi Nubhan Ahamad, Dr Afifah Hidayah Tawfek mengakui gementar dan memohon doa kebaikan. 

Ditemui pada prosiding perceraian di Mahkamah Rendah Syariah Sepang, Dr Afifah atau lebih dikenali sebagai Dr Fie memakai sepersalinan kelabu.

"Hari ini hari yang sangat gementar. Doakan baik-baik semua,' kongsinya kepada media.

Sementara itu, Nubhan yang tiba kemudian memakai suit hitam hanya memberikan komen pendek.

"Saya tunggu sahaja keputusan, sebab hari ini pengesahan," katanya.

Terdahulu Nubhan melafazkan talak memfailkan pengesahan dua lafaz cerai terhadap Dr Fie yang dibuatnya pada tahun 2017 dan 26 Ogos lalu, selain satu lafaz rujuk selepas talak pertama.

Untuk rekod, Nubhan dan Dr Fie  mendirikan rumah tangga pada 29 Ogos 2015 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurnikan tiga cahaya mata iaitu Aafiya Kamilia, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3 tahun.

Artikel Berkaitan:

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang