'Perkahwinan berakhir, tapi amanah membesarkan anak kekal' -  Luahan Dr Afifah buat ramai tersentuh

No Image Caption
A
A
A

BERITA berkaitan perceraian penyanyi  dan usahawan Nubhan kembali menjadi sebutan di laman sosial. 

Isterinya, Dr Afifah Hidayah Tawfek percaya peranan ibu bapa tidak terhenti biarpun perlu berpisah.

Doktor gigi berusia 36 tahun itu berpendapat, perceraian bukan pengakhiran tanggungjawab sebagai ibu atau bapa. Malah mendidik anak dengan nilai kasih, hormat dan iman adalah tanggungjawab bersama.

"Co-parenting dalam Islam berasaskan rahmah iaitu kasih sayang dan tanggungjawab.

"Walaupun perkahwinan berakhir, amanah untuk membimbing dan membesarkan anak tetap dipikul bersama. 

No Image Caption

"Bersama-sama, kita mendidik mereka tentang kasih, hormat, dan iman,"  titipnya.

Hantaran Dr Afifah di laman sosial Threads itu menyebabkan ramai tersentuh dan berharap perpisahan tidak semestinya bermusuhan, terutama apabila anak-anak menjadi amanah bersama.

Artikel Berkaitan:

Tidak kurang juga yang mahu dirinya memperjuangkan hak penjagaan tiga cahaya matanya.

Terdahulu, Nubhan telah memfailkan hak penjagaan kekal dan interim terhadap tiga anaknya iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, serta Afzan Nayille, 3, di Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada September lalu.

 

 

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang