Hidap kanser usus, bapa Amir Raja Lawak meninggal dunia
TAKZIAH buat pelawak Amir Raja Lawak yang kehilangan bapa tersayang, Azmi Deris atau lebih dikenali sebagai Abe Mie Usm malam Isnin.
Amir atau nama lengkapnya Mohammad Amirullah Azmi, 36, pemergain bapanya di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia (HPUSM) , Kubang Kerian.
“Innalillahiwainnailaihirojiun. Dukacita dimaklumkan abah saya, Azmi (Abe Mie Usm) telah menghembuskan nafas terakhir sebentar tadi di HUSM Kubang Kerian.
"Apa-apa urusan akan saya maklumkan semula di sini. Semoga abah ditempatkan dalam kalangan orang beriman dan ahli syurga. Aamiin,” tulisnya.
Pelakon Adnan Sempit 3 dan Hantu Bonceng 2.0 itu berkongsi jenazah Allahyarham akan disembahyangkan pada jam 9 pagi ini di Masjid Desa Rahmat sebelum dikebumikan di ke Tanah Perkuburan Tok Kenali, Kubang Kerian.
“Terima kasih banyak-banyak pada yang mendoakan dan menghadiahkan al-Fatihah buat arwah abah saya,” jelasnya.
Amir terdahulu mendedahkan keadaan kesihatan bapanya yang menghidap kanser usus dan semakin uzur sebelum menghembuskan nafas terakhir semalam.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

