'Abah saya kena kanser usus, terpaksa jual kereta'– Amir Raja Lawak desak stesen TV bayar tunggakan RM18,000

No Image Caption
A
A
A

PELAWAK dan usahawan, Amir Raja Lawak menegaskan agar sebuah stesen televisyen menjelaskan bayaran tunggakan berjumlah RM18,000 secara sekali gus.

Menerusi hantaran di Instagram, Amir atau nama penuhnya Mohammad Amirullah Azmi, 35, berkata wang tersebut amat diperlukan bagi menampung keperluan bapanya yang menghidap kanser usus.

"Stesen televisyen, sila selesaikan bayaran saya secepat mungkin. Abah saya menghidap kanser usus!

"Saya mahu RM18,000 penuh tanpa diskaun, tanpa bayaran ansuran.

"Ini soal hidup mati abah saya, dan usaha serta ikhtiar kami sekeluarga untuk merawatnya.

"Saya tidak meminta duit kamu atau meminjam, saya hanya tuntut hak saya," luah Amir.

Dalam hantaran sama, usahawan minuman itu turut mendedahkan bahawa beliau telah memaklumkan keadaan bapanya lebih awal, namun tiada sebarang tindakan lanjut diambil.

Apa yang diharapkan Amir hanyalah bayaran penuh tanpa sebarang potongan atau ansuran.

Artikel Berkaitan:

Amir sebelum ini terpaksa menjual salah satu aset miliknya berupa sebuah kereta jenis Proton Juara
Amir sebelum ini terpaksa menjual salah satu aset miliknya berupa sebuah kereta jenis Proton Juara

"Sejak abah dimasukkan ke wad, saya sudah maklumkan kepada mereka. Saya tunjuk keadaan abah, tetapi saya dibiarkan tanpa maklum balas positif.

"Minggu lepas, selepas isu ini tular, mereka hanya mahu beri RM3,000 terlebih dahulu, tetapi saya menolak.

"Kenapa saya enggan terima? Kerana sebelum ini mereka pernah beri RM5,000 awal tahun lepas. Selepas lebih setahun, tiada sebarang bayaran tambahan diterima.

"Jadi kenapa saya perlu ambil RM3,000? Sudah tentu saya mahukan RM18,000 penuh sekarang kerana saya dalam kecemasan!

"Tidak perlulah saya huraikan keadaan abah atau apa yang kami sekeluarga sedang lalui. Anda boleh bayangkan sendiri bagaimana keadaan pesakit kanser usus.

"Semoga abah saya segera sembuh, pulih dan sihat seperti sediakala. Aamiin Ya Mujib," tulisnya lagi.

Terdahulu, Amir dilaporkan terpaksa menjual salah satu aset miliknya berupa sebuah kereta jenis Proton Juara bagi mendapatkan wang segera.

Menurut Amir, kereta tersebut bukan sekadar kenderaan peribadi, malah banyak menemaninya menjalankan perniagaan kecil-kecilan sebelum ini.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang