'Hubungan masih baik, fokus kami kebajikan anak-anak.' Nubhan akui tiada siapa yang berkahwin ingin bercerai
PENYANYI Nubhan sah bercerai dengan dengan Dr Afifah Hidayah dengan talak dua dengan lafaz talak pertama berlaku pada 2017 dan talak kedua pada Ogos 2025.
Pemilik nama Ahmad Nubhan Ahamad, 39, itu mengakui akan meneruskan hubungan baik dengan Dr Afifah atau Dr Fie demi tiga cahaya mata mereka.
"Demi anak-anak saya rasa tiada masalah (meneruskan hubungan baik..
"Saya harap yang terbaik sahaja untuk masa depan mereka dan bekas isteri," katanya.

Dalam masa yang sama, pelantun lagu Sekali Lagi itu juga mengakui tiada siapa mahukan pengakhiran seperti ini dalam rumah tangga mereka.
Pun begitu, dia tetap bersyukur kerana semua urusan selesai dengan baik dan tanpa masalah.
"Tiada siapa yang inginkan perkara ini berlaku. Saya bersyukur semuanya berjalan dengan lancar, Alhamdulillah.
"Doakan yang terbaik sahajalah untuk kehidupan kami yang seterusnya," kongsi Nubhan ketika ditemui SinarPlus.
Mengakui keluarga tidak mencampuri urusannya dan memberi kebebasan penuh untuk membuat keputusan berkaitan rumah tangga, Nubhan mengakui menerima sokongan moral dan doa.
Nubhan yang juga usahawan juga juga mengulas perceraian dan kaitan dengan perniagaannya.
"Famili sedia maklum apa yang berlaku dan menyerahkan segalanya kepada saya.

"Tidak masuk campur dan cuma mendoakan yang terbaik.
"Alhamdulillah perniagaan berjalan lancar seperti biasa. Tambahan pula dengan kesibukan saya kini, tidak mampu fokus banyak perkara. Saya fokus apa yang saya lakukan sekarang ini.
"Perniagaan Alhamdulillah sudah ada pasukan yang bersedia sudah lama dengan kami dan berjalan seperti biasa.
"Setakat ini, Alhamdulillah," katanya.
Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Sepang memutuskan Nubhan dan Dr Fie bercerai talak dua dengan talak pertama pada 19 Januari 2017 menjatuhkan talak satu sementara lafaz kedua pula pada 26 Ogos lalu.
Baru-baru ini, perserta Gegar Vaganza itu menyerahkan penjagaan kekal tiga cahaya mata mereka iaitu Aafiya, 8, Ahmad Aaffan, 6, dan Afzan Nayille, 3, kepada bekas isteri.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
