Ibu Scha Alyahya meninggal dunia akibat serangan jantung

No Image Caption
A
A
A

TAKZIAH diucapkan buat pelakon dan pengacara terkenal, Scha Al-Yahya atas pemergian ibu tersayang, Junainah Hashim yang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Sabtu.

Khabar duka itu dikongsikan suami Sha, aktor dan hos Awal Ashaari menerusi Insta Story.

No Image Caption

Memetik laporan portal hiburan tempatan, Allahyarham Junainah meninggal dunia susulan serangan jantung.

"Dengan dukacita memaklumkan ibu mentua saya, Junainah Hashim telah menghembuskan nafas terakhir pada jam 9.40 pagi tadi di Hospital Pantai akibat serangan jantung.

"Jenazah telah dikafan dan disolatkan di Masjid Al-Hidayah Kampung Sungai Penchala," kongsin Awal.

Artikel Berkaitan:

No Image Caption

Jenazah Allahyarham kemudian dikebumikan di Tanah Perkuburan Bukit Kiara 1 selepas Asar.

No Image Caption

Sekadar makluman, Scha atau nama penuhnya Sharifah Nor Azean binti Syed Mahadzir Al-Yahya yang dijadualkan mengacara Festival Filem Malaysia Ke-33 (FFM 33) bersama Datuk AC Mizal yang bakal bersiaran secara langsung pada malam ini terpaksa mengundurkan diri.

Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin yang turut mengambil kira faktor kesedihan aktres itu.

Salam takziah buat Scha sekeluarga, al-Fatihah.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang