"Kami tak sempurna, ada masalah namun masih bertahan..,' Scha Al-Yahya akui suami isteri perlu menghormati, elak jatuh maruah pasangan
MEMANG tidak dinafikan setiap perhubungan mesti ada masalah. Gaduh sikit-sikit itu perkara biasa, kan. Walaupun sudah mendirikan rumah tangga, bukan segalanya indah, betul tak?
Seperti pelakon dan pengacara jelita ini, Scha Al-Yahya yang tak menolak bahawa beliau dan suami, Awal Ashaari selalu bergaduh walaupun setelah berkahwin.
Bahkan, pemilik nama Sharifah Nor Azean Syed Mahadzir Al-Yahya berkata semakin lama mengenali Awal, semakin banyak perkara tentang suaminya yang tidak diketahui.
"Sebelum terjadinya perkara-perkara begini, Scha tak nafikan dengan Awal ada juga banyak kali bergaduh.
"Walaupun sudah lama mendirikan rumah tangga bukan bermaksud kita sudah lama kenal, tetapi semakin tidak kenal sebab makin hari makin berubah,"ujar beliau.
Ujar pelakon ku Bukan Tomboy itu lagi, bukan mudah untuk setiap suami isteri melayari bahtera perkahwinan, kerana masing-masing ada ujian tersendiri.
"Ada yang diuji dengan kehadiran orang ketiga, dan pelbagai cabaran lainnya. Saya sendiri cuba memahami Awal sejak 12 tahun lalu.
"Jadi apa yang Scha boleh cakap, bukan senang dan kita ada ujian masing-masing. Kena cuba faham pasangan sebaik mungkin selain kerjasama yang baik,"jelasnya ibu kepada dua cahaya mata itu.
Sebagai pemenang Dewi Remaja 2005/2006, anak kelahiran Jelapang Padi itu menekankan pasangan perlu menghormati antara satu sama lain.
"Sebab apa, jika seseorang menunjukkan sebaliknya berkemungkinan salah seorang akan rasa seperti diperkecilkan dan peranan pasangan dalam keluarga akan tercabar yang turut menyukarkan lagi proses pendamaian.
"Perkara paling penting, dalam rumah tangga adalah menghormati. Kalau kita tidak menghormati pasangan, ia boleh jatuhkan maruah dia seperti diperkecilkan," tegas Scha lagi.
Apa-apa pun, pemenang Anugerah Melodi bagi kategori Pasangan Pilihan itu bersyukur sangat-sangat apabila hubungan suami isteri yang dijalinkan pada 2012 lalu masih tersimpul dengan rapi.
"Tapi kami tidak sempurna, masih ada masalah, cuma alhamdullillah setakat ini kami masih lagi bertahan," ujar Scha.
Scha berkata demikian ketika ditemui dalam satu majlis kolaboratif pasangan itu bersama Kita&Co bertempat di butik Mimpikita baru-baru ini.
Kita &Co x SchAwal Capsule Collection itu bukan sahaja menampilkan elemen fesyen yang penuh gaya, tetapi juga meraikan semangat ekspresi diri, komuniti, dan keselesaan.
Koleksi ini direka khas untuk mereka yang berani dan berkeyakinan, serta ingin menonjolkan identiti unik mereka melalui gaya berpakaian.
Antara item yang menarik dalam koleksi ini termasuklah jaket varsity, kemeja bowler, sweatshirt oversized, seluar baggy, dan banyak lagi, yang meraikan keunikan individu dan identiti bersama.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang