Ibu Syed Saddiq samakan kisah cinta anak dengan Romeo dan Julie. 'Cuma, jangan langkah bendul, biar abang dulu!...'

No Image Caption
A
A
A

DESAS-desus mengenai hubungan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman dan Bella Astillah terus hangat diperkatakan warga maya di media sosial.

Baru-baru ini, ibu kepada Ahli Parlimen Muar, Sharifah Mahani Syed Abdul Aziz, mencuri tumpuan ramai apabila secara spontan menjawab pertanyaan tentang kisah cinta anaknya.

Dalam satu sesi siaran langsung di TikTok bersama anak lelakinya, Syed Abdullah atau lebih dikenali sebagai Space Dollah, Sharifah Mahani secara berseloroh mengibaratkan kisah cinta anaknya seperti pasangan legenda, Romeo dan Juliet.

"Tengok pada sikapnya yang sanggup berenang dari satu penjuru ke satu penjuru...dengan emak dia pun tak pernah buat! Tak pernah berenang, tak pernah naik gunung atau naik apa-apa pun," katanya.

Artikel Berkaitan:

Kenyataan itu secara tidak langsung mencetuskan keterujaan dalam kalangan peminat BASS (Bella Astillah Syed Saddiq), apatah lagi hubungan rapat Syed Saddiq dan Bella bukan lagi rahsia.

Walaupun ibu kepada bekas Menteri Belia dan Sukan itu kelihatan bersahaja dalam membicarakan soal jodoh anaknya, beliau tetap berpesan agar Syed Saddiq dapat membuat pilihan yang tepat.

"Bella seorang yang baik, mempunyai rupa paras dan kelembutan. Tapi seperti mama kata, kita berwaspada pada setiap kecantikan kerana tiada yang kekal selamanya," luahnya.

Bagaimanapun, beliau menegaskan bahawa soal jodoh bukan di tangannya.

"Kita berdoa agar Saddiq dapat seseorang yang baik... Tapi bukan saya yang boleh tentukan, itu semua Saddiq yang tentukan.

"Cuma, jangan langkah bendul dulu, biar abang dulu!" ujarnya berseloroh.

Bercakap mengenai Space Dollah, beliau secara terbuka merestui hubungan adik bongsunya dengan pelantun lagu Tapi Bukan Denganmu.

Bukan sekadar menyokong, malah beliau berharap hubungan BASS dapat berkembang ke fasa lebih serius.

Lebih-lebih lagi apabila melihat adik lelakinya begitu bahagia yang jarang beliau saksikan dan secara tidak langsung membuatkan dirinya turut merasa gembira sebagai seorang abang.

"Sebab satu perkara yang perasan, saya kenal adik dan jarang nampak dia gembira macam ni. Jadi bila dia gembira, ia buat saya gembira," katanya.

Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!

Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi

Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang