Isteri Shuk Sahar dedah sijil lahir anak tiada maklumat bapa. 'Nampak apa kau buat?'
BAHARU menyambut kelahiran puteri sulung, isteri kepada pelawak Shuk Sahar iaitu Fara Salleh berkongsi sijil kelahiran anak mereka, Elaine Nada.
Fara menerusi Insta Story mendedahkan dokumen berkenaan tidak mempunyai maklumat pada bahagian bapa termasuk nama, kad pengenalan dan umur.
Dia malah mempersoalkan akibat tidak mendaftarkan pernikahan mereka di Malaysia.
"Ini surat beranak Elaine, Encik Sahar. Kau nampak apa kau buat?" titip Fara.
Sementara itu, dalam hantaran lain Fara memuat naik gambar Shuk mengenakan dan meminta pelawak itu menyelesaikan urusan surat kelahiran anak.

"Ramai tanya siapa bapa Elaine Nada. Oh ya, ini dia. Nanti pesan kepadanya ya, surat beranak anak kena settle.
"Lepas tu kena naik mahkamah atas urusan pendaftaran pada 5 Ogos 2025," kongsi Fara.
SinarPlus terdahulu berkongsi berita kelahiran Elaine Nada pada 26 Jun lalu menerusi pembedahan Caesarean secara kecemasan.
Sebelum ini, Fara berkongsi dalam Instagram mengenai Shuk melafazkan cerai talak satu terhadapnya menerusi panggilan telefon ketika berada di Thailand.
Kemelut rumah tangga mereka bermula selepas wanita itu mendakwa menjadi mangsa penderaan mental suaminya dan dikatakan tidak menghiraukannya sepanjang berada di hospital.

Fara turut mendakwa pengacara dan pelakon itu juga sebagai suami yang tidak bertanggungjawab dan tidak mempunyai usaha untuk menamatkan kemelut rumah tangga mereka.
Wanita itu terdahulu pernah berkongsi kepada portal berita tempatan memaklumkan sedang menguruskan pengesahan pendaftaran pernikahan, sebelum membuat permohonan pengesahan lafaz cerai.
Menurutnya, pengesahan pendaftaran pernikahan penting demi masa depan anaknya.
Shuk dan Fara berkahwin pada November 2023. Pada awal Februari 2025 Fara pernah memfailkan perceraian terhadap Shuk.
Sekadar info, Shuk terdahulu mendirikan rumah tangga dengan pempengaruh media sosial, Rossa Sera pada 2015 dan mereka dikurniakan dua cahaya mata, Nur Qurratu Ain, 9, dan Nur Assiyfatu Aimy, 6.
Bagaimanapun, mereka bercerai talak satu pada 22 Mac 2023.
Sumber: Instagram
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang

