'It’s a girl...'Umisya Mazlan selamat lahirkan anak ketiga

PASANGAN sensasi Umisya Mazlan dan Ahmad Aslam selamat menimang cahaya mata perempuan sekitar jam 8 malam pada Isnin.
Khabar manis ini mula dikongsikan oleh kakak Umisya, Sella Mazlan, menerusi hantaran di Instagram Story sebelum disahkan sendiri oleh Umisya.
“Alhamdulilah adik kami, Umisya Mazlan selamat melahirkan bayi perempuan.
“Doakan Umisya dan bayi diberi kesihatan oleh Allah SWY. Tak sabar nak tengok esok,” katanya.
Dalam hantaran penuh bermakna itu, Umisya memuat naik gambar belon bertulis “It’s a girl" yang diletakkan di hujung katil hospital sebagai simbolik kegembiraan menyambut kehadiran puteri sulung mereka.
Sementara itu, Umisya meluahkan rasa syukur apabila urusannya dipermudahkan selain berterima kasih kepada orang ramai yang telah mendoakannya.
“Alhamdulillah, terima kasih yang mendoakan Misya, dah selamat melahirkan," luah Umisya penuh rasa syukur.
Menerusi hantaran lain, ibu kepada tiga cahaya mata itu dikatakan tidak mengalami sebarang tanda bersalin pada hari kejadian.
Namun masih tidak didedahkan sama ada kelahirannya secara normal atau pembedahan.
Terdahulu, madu kepada Marissa Dania Hakim seakan-akan tidak sabar menimang cahaya mata ketiganya itu apabila sakan membuat persiapan menyambut ahli baharu bersama suami tercinta.
SinarPlus turut mengucapkan tahniah buat pasangan ini! Semoga si kecil membesar dengan sihat dan menjadi penyeri dalam kehidupan mereka.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang