'Jujurnya saya tak tahu…' – Nabila Razali mohon maaf tanya maksud ‘kacip’
PENYANYI Nabila Razali tampil memohon maaf selepas pertanyaannya mengenai maksud perkataan ‘kacip’ di laman Thread baru-baru ini menimbulkan salah faham dan mengundang usikal nakal dalam kalangan pengguna media sosial.
Menurut Nur Nabila Mohd Razali, 32, soalan tersebut sebenarnya lahir daripada rasa ingin tahu, bukannya berniat untuk mencetuskan isu atau gurauan berbaur tidak sesuai.
“Jujurnya saya tak tahu maksud 'kacip', sebab itu saya tanya dan sehinggalah pengikut media sosial jelaskan.
"Sekarang saya faham, ia ada dua maksud, satu daripada Dewan Bahasa Pustaka dan satu lagi mengikut media sosial masa kini.
"Saya nak minta maaf juga sekiranya soalan itu telah mengundang tanggapan negatif terhadap mereka yang mengikuti saya," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single terbaharunya, Balas Baik di di Kolej Kediaman Melati, UiTM Shah Alam.

Sebelum ini, soalan ringkas yang ditulisnya: “Eh, sekejap, nak tanya apa maksud kacip tu eh?” ternyata mengundang pelbagai reaksi daripada peminat dan rakan artis, termasuk ada yang berseloroh dan ada juga yang memberi penjelasan panjang lebar.
Namun, penyanyi lagu Peluang Kedua itu mengingatkan agar orang ramai tidak terus menggunakan perkataan tersebut jika membawa konotasi kurang sesuai.
"Saya ingat maksudnya sembang kelakar-kelakar tapi malangnya tidak.
“Jadi bagi yang menonton, jangan ulang perkataan itu,” ujarnya ringkas sambil tersenyum.
Dalam perkembangan lain, ibu seorang cahaya mata itu kembali mengubat rindu peminat dengan single Balas Baik yang muzik videonya dipertontonkan secara rasmi kepada umum, semalam.
Lagu ciptaan Audi Mok dan Shazee Ishak itu kini boleh diperdengarkan di semua platform digital.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
