'Circle baik-baik, sejuk mata memandang.' Bachelorette usrah Amira Othman curi perhatian
PERKAHWINAN pasangan popular, Amira Othman dan Fattah Amin menjadi perhatian warganet. Menjelang hari bahagia Ahad ini, pelantun lagu Hati-Hati itu diraikan dalam satu majlis perpisahan bujang atau bachelorette party oleh rakan-rakan selebriti.
Menerusi Threads, pemilik Nadia Amira Othman itu mengucapkan terima kasih kepada aktres dan usahawan, Betty Rahmad yang menganjurkan majlis berkenaan.

"Majlis bachelorette usrah ini dianjurkan oleh rakan-rakan usrah. Masya-ALLAH, baik sungguh mereka.
"Mastermind' di sebalik semua ini ialah Betty Rahmad. Terima kasih kerana sentiasa ada dengan saya dan selalu ajak saya ke kelas usrah.
"Usrah kali ini berkisar tentang pesan-pesan menjadi isteri yang menuju syurga.
"Betul-betul Kak Betty lah yang suruh saya tuntut ilmu dulu sebelum bergelar isteri.

"Terima kasih ustazah atas segala ilmu yang dikongsi. Terima kasih juga kepada kawan-kawan syurga saya. Semoga ukhuwah kita kekal sampai ke syurga," kongsinya.
Antara sahabat usrah yang meraikan ialah Wany Hasrita, Irma Hasmie, Salima Habibi, Amira Rosli, Nabila Razali, Aishah Azman, Hawa Rizwana, Nora Danish, Ika Nabella dan Bella Astillah serta pendakwah, Ustazah Nazirah Abu Bakar.
Warganet tertarik dengan konsep majlis berkenaan dan memuji rakan-rakan Amira daripada kalangan yang baik-baik. Berikut adalah pujian warganet.
"Love sangat circle Amira."
"Sukanyaa tengok circle Amira. Sejuk mata memandang semuanya, wanita solehah."
"Alhamdulillah. Sejuknya mata melihat. Ada kawan-kawan usrah . Semoga pernikahan Amira dan Fattah Ahad ini berjalan lancar."
"Orang baik ramai yang sayang. Tertarik dengan circle Amira, vibe positif yang tenang."
Terdahulu, Fattah dan Amira mengumumkan akan berkahwin pada 14 September 2025 ini.
Bakal dilangsungkan di sebuah hotel di Johor Bahru, tarikh tersebut dipilih sempena dengan ulang tahun kelahiran Fattah yang ke-35.
Layari portal SinarPlus untuk info terkini dan bermanfaat!
Jangan lupa follow kami di Facebook, Instagram, Threads, Twitter, YouTube & TikTok. Join grup Telegram kami DI SINI untuk info dan kisah penuh inspirasi
Jangan lupa dapatkan promosi istimewa MAKANAN KUCING TOMKRAF yang kini sudah berada di 37 cawangan KK Super Mart terpilih di Shah Alam atau beli secara online di platform Shopee Karangkraf Mall sekarang
